Utusan Borneo (Sabah)

Bekas juara geger veganza itu bakal hibur peminat dengan lagu hit

-

B

EKAS juara Gegar Vaganza musim kedua, Siti Nordiana akan menemui peminatnya pada rumah terbuka Aidilfitri Matrix Concepts di d’Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan di sini, Ahad ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pembanguna­n Hartanah Matrix Concept Holdings Bhd, Leong Jee Van berkata pada majlis itu Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana yang berasal dari Sendayan akan menghiburk­an peminatnya dengan beberapa buah lagu termasuk lagu hit ‘Memori Berkasih’.

“Siti Nordiana terkenal dengan persembaha­n vokalnya yang mantap dan kemunculan­nya pasti dinantikan peminatnya. Para peminat pasti akan terpesona dengan kemunculan­nya kali ini dan berpeluang bergambar mengundang artis untuk majlis rumah terbuka Aidilfitri ini. Kita jangka lebih 1,000 orang akan hadir pada majlis itu yang akan bermula pukul 11 pagi hingga 4 petang,” katanya pada sidang media di sini, kelmarin.

Katanya pelbagai aktiviti akan diadakan pada hari tersebut dan antaranya ialah persembaha­n wayang kulit, tarian kebudayaan, mewarna gasing dan menganyam ketupat serta pelabagai permainan menarik.

Selain itu, pameran hartanah Matrix juga diadakan.

Pelbagai juadah raya seperti lemang, rendang, satay dan kuih-muih turut disediakan, katanya. — Bernama

Siti Nordiana terkenal dengan persembaha­n vokalnya yang mantap dan kemunculan­nya pasti dinantikan peminatnya. Para peminat pasti akan terpesona dengan kemunculan­nya kali ini dan berpeluang bergambar bersama penyanyi kesayangan mereka.

 ??  ?? RAYA BERSAMA NANA: Siti Nordiana yang dinobatkan sebagai Penyanyi Wanita Popular semasa Anugerah Bintang Popular BH 3.0 (ABPBH 30) pada Mei lepas akan menghiburk­an peminatnya pada rumah terbuka Aidilfitri Matrix Concepts di d’Tempat Country Club,...
RAYA BERSAMA NANA: Siti Nordiana yang dinobatkan sebagai Penyanyi Wanita Popular semasa Anugerah Bintang Popular BH 3.0 (ABPBH 30) pada Mei lepas akan menghiburk­an peminatnya pada rumah terbuka Aidilfitri Matrix Concepts di d’Tempat Country Club,...
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia