Utusan Borneo (Sabah)

Sedia berlapang dada

Kerajaan persekutua­n terima apa jua maklum balas yang diperolehi daripada usaha teliti MA1963

-

KUCHING: Kerajaan persekutua­n berlapang dada untuk menerima apa jua maklum balas yang akan diperolehi kerajaan negeri melalui usaha yang dilakukan dalam meneliti Perjanjian Malaysia 1963 (MA1963).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan persekutua­n menerima tindakan kerajaan negeri menghantar sepasukan peguam ke London bagi mencari dan meneliti MA1963 bagi menentukan hak-hak sebenar negeri ini yang termaktub di bawah perjanjian itu.

"Telah menjadi hak kerajaan Sarawak dan Sabah untuk melihat aspek-aspek perundanga­n dan juga persefaham­an sosial sehingga termaktubn­ya MA1963 dan kita di peringkat persekutua­n berfikiran terbuka dan berlapang dada untuk terima semua maklum balas yang akan diperolehi oleh Kerajaan Negeri Sarawak melalui usaha yang dilakukan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media semasa mengadakan kunjungan ke Majlis Rumah Terbuka Hari Gawai Dayak di kediaman Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Taman BDC di sini pada Isnin.

Malah, Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kerajaan persekutua­n turut sentiasa membuka pintu rundingan mengenai perkaraper­kara yang dapat diselesaik­an secara perbincang­an.

"Tidak ada isu yang tidak boleh dirungkai dan diselesaik­an dan saya percaya kerajaan pusat sebagaiman­a yang dinyatakaa­n oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) bahawa perkara-perkara yang boleh dirundingk­an maka kerajaan persekutua­n akan terus membuka pintu untuk mengadakan perundinga­n.

"Terutamany­a apabila makluman diterima daripada dokumen (hasil kajian di London) yang diperolehi daripada penyelidik­an yang dibuat oleh pasukan petugas (peguam dari Sarawak) ini," tegasnya.

Pada Jumaat lepas, Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg mendedahka­n bahawa kerajaan negeri akan menghantar sepasukan peguam yang diketuai Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri Persekutua­n dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali ke London untuk meneliti rujukan berhubung MA1963.

Namun, ketika ditanya pemberita semalam, Abang Johari enggan mendedahka­n perkara-perkara yang akan diteliti itu dan berkata: "Nanti saya akan maklumkann­ya kepada anda".

Terdahulu, Zahid ketika mengulas mengenai isu pelonggara­n syarat kelayakan lulus Bahasa Malaysia (BM) bagi pengambila­n Pegawai Perubatan Kontrak berkata, satu mesyuarat kabinet akan diadakan pada Rabu ini.

"Mesyuarat kabinet akan diadaan pada Rabu ini dan saya akan meminta Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramania­m dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun untuk membuat penjelasan mengenai isu yang menjadi perhatian ini.

"Ini adalah bagi melakukan pencerahan terhadap isu yang menjadi perhatian di akar umbi dan bagi saya perkara ini seharusnya ditangani dengan fikiran terbuka dan harus mendengar penjelasan daripada kedua-dua menteri yang saya sebutkan sebentar tadi," jelasnya.

“Telah

menjadi hak kerajaan Sarawak dan Sabah untuk melihat aspek-aspek perundanga­n dan juga persefaham­an sosial sehingga termaktubn­ya MA1963 dan kita di peringkat persekutua­n berfikiran terbuka dan berlapang dada untuk terima semua maklum balas yang akan diperolehi oleh Kerajaan Negeri Sarawak melalui usaha yang dilakukan. DATUK SERI AHMAD ZAHID HAMIDI Timbalan Perdana Menteri

 ??  ?? ZAHID ditemani Abang Johari, Uggah dan Jabu menyempurk­an upacara menggulung tikar sebagai tanda penutup sambutan Hari Gawai Dayak.
ZAHID ditemani Abang Johari, Uggah dan Jabu menyempurk­an upacara menggulung tikar sebagai tanda penutup sambutan Hari Gawai Dayak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia