Utusan Borneo (Sabah)

Raya tenis kekal meriah

Dengan kunjung-mengunjung­i antara satu sama lain

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Seperti tahun-tahun sebelum ini, warga Tennis Sabah terus bermeriah menyambut Hari Raya Aidilfitri 1438 Hijriyah dengan kunjungmen­gunjungi antara satu sama lain.

Kesempatan itu sudah tentu tidak dilepaskan oleh Presiden Persatuan Tenis Negeri Sabah (STA) Johnson Koh, bersama rombongan yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama, menziarahi sahabat handai dan insan yang mana darah mereka telah mengalir kental pengalaman bermain tenis.

“Sudah tentu kita bergembira menyambut hari raya yang mulia ini, kerana STA percaya, pemuafakat­an dan persahabat­an antara pelbagai bangsa dan agama yang terjalin menerusi budaya kunjung-mengunjung­i ini, merupakan nadi penting pembanguna­n sukan.

“Bagi tennis Sabah, tidak ada bangsa yang `terpilih’. Semuanya sama, dan saya percaya Sabah juga begitu pada amnya,” jelas beliau ketika ditemui di ibu negeri kelmarin.

“Sejak beberapa tahun ini, saya amat serius dalam menekankan perkara ini, kerana sejak kebelakang­an ini, budaya `Racism’ dari luar banyak mengganggu keharmonia­n kita di negeri (Sabah) ini.

“Ini juga memberi tamparan ke atas pembanguna­n sukan, kerana tugas sukan bukan sekadar melahirkan atlet berkeupaya­an mewakili negara di persada antarabang­sa, tetapi sukan itu juga telah menjadi medium yang sangat penting dalam membina persahabat­an dan mengukuhka­n lagi perpaduan negara,” tegas Johnson.

Johnson yang juga merangkap pengarah eksekutif Waterfront U r ban Developmen­t Sdn Bhd (WUD), berharap semua warga tenis khususnya untuk mengambil peluang sebulan di bulan Syawal untuk mengunjung­i kenalan sama ada yang dekat mahupun yang jauh.

“Bukan makan minum yang mewah, enak dan lazat yang kita harapkan, tetapi hidangan segelas air suam pun sudah memadai, kerana bertemu dan bersalaman itu jauh lebih penting dan bermakna dalam hidup kita,” tambah beliau.

“Semua orang juga tidak harus melepaskan peluang bersama-sama kaum-kaum lain meraih apa juga hari keramaian, kerana inilah peluang keemasan kita bertemu dengan rakanrakan lama mahupun membina kenalan baru.

“Jika kita memencilka­n diri, ini merupakan satu kerugian yang amat besar untuk diri kita sendiri,” kata Johnson lagi.

Sudah tentu kita bergembira menyambut hari raya yang mulia ini, kerana STA percaya, pemuafakat­an dan persahabat­an antara pelbagai bangsa dan agama yang terjalin menerusi budaya kunjung-mengunjung­i ini, merupakan nadi penting pembanguna­n sukan. JOHNSON KOH Presiden Persatuan Tenis Negeri Sabah (STA)

 ??  ?? JOHNSON (tujuh kanan) bersama Haji Rabahim di rumah terbuka 1 Syawal 1438 di Sandakan. JOHNSON (tengah) bertemu sahabat pelbagai bangsa dan agama di rumah terbuka di Sandakan.
JOHNSON (tujuh kanan) bersama Haji Rabahim di rumah terbuka 1 Syawal 1438 di Sandakan. JOHNSON (tengah) bertemu sahabat pelbagai bangsa dan agama di rumah terbuka di Sandakan.
 ??  ??
 ??  ?? PEMAIN veteran Sandakan, Herman Abdullah (tiga dari kanan) bersama Johnson, presiden Persatuan Tenis Daerah Sandakan (SDTA) Fernando Rulloda, Jeannie Koh dan isteri Herman; Haslinda semasa rumah terbuka 1 Syawal di Sandakan.
PEMAIN veteran Sandakan, Herman Abdullah (tiga dari kanan) bersama Johnson, presiden Persatuan Tenis Daerah Sandakan (SDTA) Fernando Rulloda, Jeannie Koh dan isteri Herman; Haslinda semasa rumah terbuka 1 Syawal di Sandakan.
 ??  ?? PRESIDEN Persatuan Tenis Daerah Kota Kinabalu (KKLTA) Ghani Affendi (depan dua kiri) bersama Johnson (depan dua kanan) dan sahabat dan ahli keluarga semasa rumah terbuka Hari Raya di Likas.
PRESIDEN Persatuan Tenis Daerah Kota Kinabalu (KKLTA) Ghani Affendi (depan dua kiri) bersama Johnson (depan dua kanan) dan sahabat dan ahli keluarga semasa rumah terbuka Hari Raya di Likas.
 ??  ?? AHLI senior Persatuan Tenis Daerah Sandakan (SDTA) Ismail Alpah (belakang dua kanan) menerima kunjungan Hari Raya dari Johnson dan Fernando.
AHLI senior Persatuan Tenis Daerah Sandakan (SDTA) Ismail Alpah (belakang dua kanan) menerima kunjungan Hari Raya dari Johnson dan Fernando.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia