Utusan Borneo (Sabah)

Karnival Bola Sepak 11 Sebelah buka penyertaan

- Oleh HASSIM HAJI OTHMAN

PAPAR: Pasukan bola sepak di daerah ini dijemput untuk menyertai Karnival Bola Sepak 11 Sebelah yang akan diadakan pada 4 hingga 6 Ogos depan di padang Pekan Papar.

Pengerusi penganjur Nansi Ongoh dalam satu kenyataan di sini kelmarin berkata, Kejohanan Terbuka Lelaki 18 Tahun Keatas ini menjemput penyertaan daripada pasukan-pasukan bolasepak dari Putatan, Lok Kawi,Tempasak, Kinarut, Kuala, Simpudu, Kimanis dan Pengalat.

“Kejohanan adalah anjuran Kelab Komuniti Usahawan Wanita Maju Papar (KUWAP) bersama Lembaga Perwakilan Sahabat (LPS) Amanah Ikhtiar Malaysia Cawangan Papar dan Safa Daerah Papar.

Katanya, kejohanan akan dijalankan dengan Sistem Double Khockout, di mana yuran penyertaan adalah RM350 bagi setiap pasukan di mana yuran tidak akan dikembalik­an sekiranya pasukan menarik diri.

Juara akan meraih hadiah wang tunai RM2,500, 15 helai jersi dan 15 medal, naib johan RM2,000 dan 15 medal, ketiga RM1,500 dan 15 medal dan keempat RM600 dan 15 medal.

Selain itu, Pemain Terbaik akan menerima hadiah wang tunai RM150, Penjaring Terbanyak RM150 dan Penjaga Gol Terbaik juga akan menerima RM150.

Katanya, sasaran penyertaan adalah sebanyak 54 pasukan di mana tarikh tutup penyertaan adalah pada 9 Julai ini manakala tarikh cabut undi dan taklimat bersama pengurus pasukan akan diadakan pada 30 Julai jam 3 petang di Hidayah Centre Papar.

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut berhubung Karnival Bola Sepak 11 Sebelah bolehlah menghubung­i Nansi Ongoh (010-7784854), Diana George (011-26699952) atau Roslina (016-8245383).

 ??  ?? NANSI
NANSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia