Utusan Borneo (Sabah)

Venus gagal menahan sebak di Wimbledon

Murray, Nadal tidak hadapi masalah teruskan kemaraan, Wawrinka tersingkir selapas dikejutkan Medvedev

-

LONDON, England: Venus Williams tidak dapat menahan sebak di Wimbledon kerana “sedih” dengan kemalangan maut jalan raya di mana beliau berdepan dengan tindakan undang-undang, ketika Andy Murray dan Rafael Nadal tidak menghadapi masalah meneruskan kemaraan ke pusingan kedua kejohanan Wimbledon Isnin lepas.

Pemain ranking ketiga dunia, Stanislas Wawrinka, dikejutkan apabila tewas kepada pemain yang membuat penampilan sulung di Wimbledon, Daniil Medvedev dari Rusia sementara Petra Kvitova dan Victoria Azarenka, meraikan kepulangan ke sukan tenis dengan kemenangan.

Williams, juara lima kali kejohanan, meraikan ulang tahun ke-20 penampilan di Kelab Seluruh England.

Tetapi mercu tanda itu diselubung­i dengan penglibata­n beliau dalam satu kemalangan jalan raya di kediamanny­a di Florida, yang menyebabka­n seorang warga emas berusia 78 tahun mati.

“Tiada kata-kata untuk menggambar­kan betapa sedihnya saya dengan semua ini. Saya hilang kata-kata. Ia sukar sekali,” kata Williams pada satu sidang media sebelum gagal menahan sebak.

Keluarga Jerome Barson, yangmengal­ami keretakan tulang belakang dan beberapa kecederaan dalaman serius, berkata mereka mahu menyaman Williams. Apabila ditanya bagaimana beliau menangani semua itu, beliau menambah: “Saya tidak mempunyai idea apa yang akan berlaku esok. Itu sahaja yang dapat saya katakan. Ia adalah apa yang harus saya pelajari.” Walaupun tragedi itu, Williams tetap fokus dan menewaskan Elise Mertens dari Belgium 7-6(9/7) dan 64 pada perlawanan pusingan pertama. Murray, juara bertahan bahagian lelaki, meraikan berita kehamilan terbaharu isterinya dengan melangkah ke pusingan kedua apabila menewaskan Alexander Bublik 6-1, 6-4 dan 6-2 dan tidak menunjukka­n sebarang petanda masalah dari kecederaan pinggul sebelum kejohanan. “Saya berasa OK dalam beberapa minggu terakhir dan keterujaan ketika bermain menghilang­kan segala kesakitan yang mungkin ada,” kata beliau.

Dengan kemenangan itu, Murray bertemu Dustin Brown, pemain ranking ke97 dunia dari Jerman yang pernah mengejutka­n Nadal dua tahun lepas.

Brown bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Joao Sousa dari Portugal 3-6, 7-6(7/5), 6-4 dan 6-4.

Nadal, pemain ranking kedua dunia, mudah menewaskan John Millman dari Australia 6-1, 6-3 dan 6-3 dan akan bertemu Donald Young di pusingan kedua.

“Saya tidak banyak bermain di permukaan rumput dalam beberapa tahun terakhir tetapi saya berasa positif ketika ini,” kata Nadal.

Wawrinka, pilihan kelima kejohanan, dikejutkan 6-4, 36, 6-4 dan 6-1 oleh Medvedev dari Rusia.

Medvedev, pemain ranking ke-49 dunia dan membuat penampilan sulung di Wimbledon, memberikan kekalahan keenam beliau di pusingan pertama kejohanan di sini.

Kvitova bermain perlawanan kelapan beliau tahun ini semenjak kecederaan serius dari satu kejadian pecah rumah yang hampir menamatkan kerjayanya.

Pemain dari Republik Czech itu menewaskan Johanna Larsson dari Sweden 6-3 dan 6-4 sementara Azarenka, yang kembali beraksi selepas berehat setahun selepas melahirkan anak, menewaskan CiCi Bellis dari Amerika Syarikat (AS) 3-6, 6-2 dan 6-1.

Pada perlawanan lain, Nick Kyrgios dari Australia, gagal meneruskan kemaraan ketika menentang Pierre-Hugues Herbert dari Perancis selepas mengalami kecederaan.

Pilihan kedua kejohanan bahagian wanita, Simona Halep, menewaskan pemain kelayakan dari New Zealand, Marina Erakovic 6-4 dan 6-1 sementara Jelena Ostapenko, menewaskan Aliaksandr­a Sanovich dari Belarus 6-0, 1-6 dan 6-3. — AFP

Tiada katakata untuk menggambar­kan betapa sedihnya saya dengan semua ini. Saya hilang kata-kata. Ia sukar sekali. Venus Williams Juara lima kali kejohanan

 ?? — Gambar Reuters ?? MURRAY mempamerka­n aksi penuh bertenaga ketika menewaskan Bublik pada pusingan pertama kejohanan Wimbledon di Kelab Seluruh England, London Isnin lepas.
— Gambar Reuters MURRAY mempamerka­n aksi penuh bertenaga ketika menewaskan Bublik pada pusingan pertama kejohanan Wimbledon di Kelab Seluruh England, London Isnin lepas.
 ??  ?? VENUS tetap fokus untuk meneruskan kemaraan selepas menewaskan Mertens di Kelab Seluruh England, London Isnin lepas.
VENUS tetap fokus untuk meneruskan kemaraan selepas menewaskan Mertens di Kelab Seluruh England, London Isnin lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia