Utusan Borneo (Sabah)

Conte mahukan Lukaku tidak kira apa jua kos

-

LONDON, England: Pengurus Chelsea, Antonio Conte memberitah­u kelab untuk mendapatka­n semula Romelu Lukaku walau pada apa nilai pada musim panas ini – walaupun jika ia bermakna memenuhi penilaian 100 juta pound oleh kelabnya, Everton.

Walaupun kelab memburu khidmat pemain tengah, Tiemoue Bakayoko, pemain pertahanan Antonio Rudiger dan pertahanan kiri Alex Sandro, Lukaku, adalah seorang penyerang yang menjadi buruan nombor satu Conte pada musim panas ini.

Selepas memberitah­u Diego Costa di mana beliau tidak lagi sebahagian dari perancanga­n kelab pada musim baharu, Conte terdesak untuk mendapatka­n Lukaku dan berasa yakin bekas penyerang Chelsea berusia 24 tahun itu boleh mencapai statusnya dengan apa jua nilai harga yuran perpindaha­n.

Conte dan bukannya pengurus kelab yang melihat Lukaku sebagai pengganti utama Costa, di hadapan Alvaro Morata, Andrea Belotti dan beberapa lagi penyerang terkenal.

Conte pernah cuba mendapatka­n Lukaku ketika beliau menjadi jurulatih Juventus pada musim pertama Lukaku di Chelsea dan percaya pemain itu sesuai dengan corak permainan kegemaran Conte, sama ada sebagai penyerang tunggal atau salah seorang dari dua penyerang.

Chelsea sedang berunding dengan Atletico Madrid berhubung perpindaha­n semula Costa ke bekas kelabnya dan dijangka akan meningkatk­an usaha mendapatka­n Lukaku dalam masa terdekat.

Everton meletakkan nilai Lukaku pada 100 juta pound dan menegaskan mereka tidak akan menerima jumlah yang lebih rendah dari itu, tetapi ia tidak menakutkan Conte, yang sudah menjelaska­n kepada Chelsea bahawa beliau mahukan pemain itu tidak kira apa jua kos.

Ia sekarang bergantung kepada sama ada pengarah kelab, Marina Granovskai­a boleh berunding dengan Everton untuk menurunkan harga atau menjadikan Lukaku pemain paling mahal di dunia.

Manchester United juga menunjukka­n minat untuk mendapatka­n Lukaku tetapi bekas pemain Anderlecht itu lebih berminat untuk kembali ke Chelsea di mana beliau merasakan ada tugas yang belum selesai di Stamford Bridge.

Lukaku, peminat Chelsea sejak kecil, tidak menjaringk­an sebarang gol untuk Chelsea pada penggal pertama beliau yang berlarutan tiga tahun tetapi dipinjamka­n ke West Bromwich Albion dan juga Everton. — Reuters

 ??  ?? LUKAKU
LUKAKU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia