Utusan Borneo (Sabah)

32 pasukan sahkan penyertan LPS 2017

- -Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Liga Piala Perpaduan Sabah (LPS) 2017 anjuran Kelab Bola Sepak Perpaduan Penampang mendapat sambutan menggalakk­an dengan 32 pasukan telah mengesahka­n penyertaan.

Kejohanan tahunan yang telah diperkenal­kan sejak tahun 2009 itu akan menggunaka­n beberapa venue di Penampang akan bermula bulan depan.

Pengerusi penganjur Edwin Jomiji berkata, penyertaan itu termasukla­h pasukan dari Tawau, Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran, Labuan dan pedalaman.

Antara pasukan yang telah mengesahka­n penyertaan adalah Sahabat FC (Tawau), Kudat Cool, Paturoja FC (Kudat), Mamai FC (Kota Marudu), Plus One FC, Adisson FC, Putra KP (Kota Belud), Kiulu FC, Sporting Kinabalu (Tuaran), Luton FC (Keningau), Smart FC (Tambunan), Gapeman FC, Briged Sabah PGA, Penjara FC, YHFC (Putatan), Ketiau Bersatu, Komplex FC (Labuan), KDM Labuan, LUFC (Likas), Nabt FC, The Blues FC, Mixteam FC, Karamunich FC, Buddies FC, Sabah Cops, Racing Athletic (KK), Kesihatan, SESB FC, Kapazan Real FC, Simfield FC, BEMA FC dan Telaga FC.

Pasukan akan dibahagika­n kepada beberapa kumpulan di mana saingan peringkat kumpul anakan dijalankan secara liga satu pusingan bagi menentukan dua pasukan teratas mara ke pusingan seterusnya.

Kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruha­n lebih RM30,000 di samping trofi dan medal.

Juara akan menerima wang tunai RM10,000 dan naib juara RM7,000 manakala dua pasukan yang kalah di separuh akhir masing-masing menerima RM2,500.

Empat pasukan yang kalah di suku akhir pula masing-masing akan menerima RM1,000.

Edwin mengingatk­an semua pasukan yang mengambil bahagian bahawa mesyuarat pengurus pasukan akan diadakan di Kompleks Sukan Penampang pada 8 Julai jam 2.00 petang.

Pengurus pasukan diwajibkan menghadiri mesyuarat itu. Untuk keterangan lanjut diminta menghubung­i Edwin (010-8702988).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia