Utusan Borneo (Sabah)

‘MUNGKIN ANGKARA SINDIKET’

Teknik pancing elektrik sebabkan 261 rumah terbakar disiasat

-

TAWAU: Pihak berkuasa akan menyiasat dakwaan teknik mencuri elektrik secara pancing yang dikesan sehingga menyebabka­n 261 rumah terbakar di Kampung Hidayat, Batu 4, Jalan Apas, di sini baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar) berkata kaedah pendawaian haram itu bukan dilakukan oleh individu tetapi disyaki secara sindiket yang mungkin menjual elektrik kepada orang lain.

“Perkara ini akan disiasat…teknik ini luar biasa dan berani kerana menggunaka­n pancing untuk menarik elektrik ke rumah,” katanya kepada pemberita pada sesi lawatan kerja sehari beliau di sini pada Khamis.

Sabtu lepas, 261 rumah setinggan atas air musnah dalam kebakaran mengakibat­kan 1,960 mangsa terdiri daripada 1,141 rakyat tempatan dan 819 bukan warganegar­a tinggal sehelai sepinggang.

Dalam pada itu, Shahidan yang juga bertanggun­gjawab dalam pengurusan bencana negara berkata bantuan persekolah­an akan disalurkan kepada 270 pelajar sekolah rendah dan menengah yang terlibat dalam kejadian itu.

Beliau turut menegaskan bahawa pembinaan penempatan di atas air tidak digalakkan selepas ini ekoran pelbagai masalah yang timbul termasuk kebakaran.

Sementara itu, Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata pendedahan awal mengenai isu keselamata­n kebakaran perlu diperkasa dan dibudayaka­n masyarakat.

Menurutnya, perkara itu penting sebagai kesedaran mengelak kejadian kebakaran berulang yang bukan sahaja merugikan mangsa tetapi juga negara.

“Masyarakat terdiri daripada pelajar, ibu bapa, penduduk kampung dan semua pihak perlu membudayak­an tanggungja­wab memastikan kediaman dan sekeliling dalam keadaan selamat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat mangsa kebakaran Kampung Hidayat, Batu 4, Jalan Apas di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Jainab yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Karambunai berkata semua pihak perlu mengambil iktibar daripada kejadian kebakaran di kampung itu Sabtu lepas dan berusaha mengelakny­a dengan sentiasa memastikan langkah keselamata­n telah dipatuhi.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaik­an sumbangan peralatan sekolah kepada pelajar yang terlibat dalam kejadian itu.

 ??  ?? (Gambar kiri) ANGGOTA bomba yang berada di tingkat lima bangunan berkenaan cuba menyelamat­kan mangsa menggunaka­n kaedah tendangan flyingboot bagi menggagalk­an tindakan mangsa terjun ke bawah.
(Gambar kiri) ANGGOTA bomba yang berada di tingkat lima bangunan berkenaan cuba menyelamat­kan mangsa menggunaka­n kaedah tendangan flyingboot bagi menggagalk­an tindakan mangsa terjun ke bawah.
 ??  ??
 ??  ?? MANGSA mencangkun­g di bahagian cermin rumah untuk cubaan terjun dari tingkat empat perumahan berkenaan.
MANGSA mencangkun­g di bahagian cermin rumah untuk cubaan terjun dari tingkat empat perumahan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia