Utusan Borneo (Sabah)

Pembayaran pinjaman pendidikan guna Akaun 2 KWSP disambut baik

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: Langkah kerajaan bagi membolehka­n hutang pendidikan dibayar menggunaka­n Akaun 2 Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) mendapat reaksi positif daripada orang ramai.

Menurut Saharudin Japarudin, 35, kaedah itu sangat bagus untuk membantu bekas pelajar untuk melunas atau mengurangk­an hutang mereka.

“Namun begitu, perlu diperkirak­an juga nilai nisbah yang perlu dipotong daripada KWSP bagi memastikan pekerja itu mempunyai lebihan dalam simpanan untuk kegunaan hari tua ataupun kegunaan untuk pembelian rumah dan pendidikan anak-anak mereka pada masa akan datang,” katanya.

Katanya, seandainya dikira mengikut nisbah atau kaedah yang betul, dalam tempoh akan datang peminjam boleh sudah membayar semula ansuransur setelah ada kenaikan dalam skim gaji mereka.

Sementara itu, Mohd Sofihizar Usrah, 33, berkata ia merupakan satu langkah idea yang sangat baik daripada Perdana Menteri.

“Dengan ini, pastinya penyelesai­an terbaik dapat dicapai oleh kedua pihak antara peminjam pendidikan dan pemberi pinjaman.

“Apa yang pasti, dengan pembayaran semula para peminjam terdahulu akan dapat membantu mereka yang baharu ingin memohon pinjaman pendidikan,” katanya.

Menurut Ismail Awang, 39, langkah kerajaan itu merupakan satu usaha yang memberi manfaat kepada para ahli KWSP menyelesai­kan baki pinjaman pendidikan yang sudah lama tertunggak.

“Dengan penyelesai­an hutang pinjaman pendidikan yang lama tertunggak juga, dapat menambah jumlah peruntukan tabung pinjaman pendidikan sedia ada dan memberi manfaat kepada lebih ramai pemohon pinjaman pendidikan akan datang,” katanya.

Bagi Alex Dennis, 32, inisiatif dan usaha kerajaan itu merupakan langkah baik bagi memudahkan peminjam melunaskan hutang pinjaman pendidikan.

“Peminjam kena mengambil peluang ini untuk melangsaik­an hutang berkenaan bagi memudahkan pengurusan peminjam yang akan datang,” jelasnya.

Manakala, Samsudin Hasing, 38, berkata keputusan kerajaan membenarka­n penggunaan Akaun 2 KWSP untuk melunaskan pembayaran pinjaman pendidikan adalah satu pendekatan yang tepat.

“Ia boleh membebaska­n mereka daripada senarai hitam di pelbagai agensi sekaligus memudahkan mereka menjalanka­n urusan pada masa akan datang,” katanya.

 ??  ?? MOHD SOFIHIZAR
MOHD SOFIHIZAR
 ??  ?? ALEX DENNIS
ALEX DENNIS
 ??  ?? ISMAIL
ISMAIL
 ??  ?? SAHARUDIN
SAHARUDIN
 ??  ?? SAMSUDIN
SAMSUDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia