Utusan Borneo (Sabah)

Pencarum setuju bayar balik pinjaman pendidikan guna KWSP

- Oleh JOHAN AZIZ

KEN INGAU: Ramai pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) termasuk beberapa pemimpin masyarakat amat bersetuju dengan langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyediaka­n kemudahan membayar balik pinjaman pendidikan.

Najib dalam kenyataann­ya berkata para pencarum boleh menggunaka­n Akaun 2 KWSP untuk melunaskan hutang pinjaman pendidikan bermula 21 Julai ini.

Ketua Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Sabah Matusin Bowie berkata saranan menggunaka­n Akaun 2 KWSP di bawah Skim Pengeluara­n Pendidikan merupakan langkah yang sangat bijak dan disokong penuh.

Katanya, peluang itu harus dimanfaatk­an oleh masyarakat yang masih mempunyai tunggakan bayaran pinjaman pendidikan agar dapat mencari kaedah untuk melakukan pembayaran.

“Kerajaan menyediaka­n pelbagai bentuk pembiayaan pendidikan yang boleh dimanfaatk­an oleh golongan pelajar dan kita juga memahami bahawa setiap tahun negara mengalami peningkata­n permintaan pinjaman pendidikan melalui PTPTN,” katanya kepada Utusan Borneo pada Khamis.

“Tidak dinafikan bahawa ramai lepasan graduan yang masih belum mendapat pekerjaan dan agak sukar untuk membuat bayaran pinjaman. PBRS juga berharap PTPTN dapat memberikan kelonggara­n melakukan pembayaran semula bagi mereka yang masih gagal untuk mendapatka­n peluang pekerjaan,” katanya.

Ketua Daerah OKK Mohd Amir Arif menyifatka­n tindakan Perdana Menteri sebagai satu kelonggara­n yang membolehka­n para peminjam Pendidikan mengeluark­an akaun 2 dari KWSP bagi melunaskan baki pinjaman pendidikan mereka.

Katanya bayaran balik wang daripada pemimjam itu adalah bagi membantu pelajar baharu yang amat memerlukan pinjaman untuk membiayai pengajian mereka.

Ahli Jawatankua­sa Umno Bahagian Keningau Yazid Haji Hasnan Tawik berkata kelonggara­n untuk menggunaka­n Akaun 2 KWSP membayar balik pinjaman pendidikan amat bertepatan dan satu hadiah kepada para pencarum di bulan Syawal ini.

“Sudah tentu berita baik ini meringanka­n bebanan yang ditanggung oleh penerima pinjaman pendidikan,” katanya.

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Liawan Sahanip Jamil berkata pinjaman PTPTN mestilah dibayar oleh peminjam setelah mereka menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi agar wang daripada tabung itu boleh digunakan pula oleh para pelajar baharu.

“Mereka yang tidak mampu kerana belum mendapat pekerjaan boleh memaklumka­n pihak PTPTN untuk penangguha­n pembayaran.

“Tindakan kerajaan terutama Perdana Menteri membenarka­n pengeluara­n caruman Akaun 2 KWSP untuk melangsaik­an baki pinjaman PTPTN sudah tentulah melegakan peminjam ,” katanya.

Beliau berterima kasih kepada kerajaan yang sentiasa mengutamak­an kemudahan dan keselesaan rakyat.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Lingkudau Kennedy Bukat menyifatka­n perkara itu adalah satu ruang dan peluang yang cukup baik bagi mengurangk­an bebanan yang begitu lama ditanggung oleh peminjam pendidikan.

 ??  ?? AMIR
AMIR
 ??  ?? YAZID
YAZID
 ??  ?? SAHANIP
SAHANIP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia