Utusan Borneo (Sabah)

Empat warga asing ditahan

Rampasan barangan kes terdiri pedang samurai, peluru penabur, keris, parang dan senjata api

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

KUNAK: Polis menahan empat lelaki warga asing, termasuk dua beranak serta merampas bahan disyaki dadah jenis syabu seberat 5.9 gram bernilai RM550 dalam serbuan di Ladang Man Ho, Tingkayu Kunak, awal pagi Rabu.

Turut dirampas selaras senjata api buatan sendiri berwarna perak, lima butir peluru penabur serta sebilah parang, pedang samurai dan keris.

Ketua Polis Daerah Kunak Supt Mohd Nasaruddin M Nasir berkata bertindak atas maklumat risikan, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik diketuai Insp Nazaruddin Haron melakukan serbuan jam 1.15 pagi ke sebuah rumah tidak bernombor di ladang berkenaan.

Menurutnya, ketika tiba di rumah itu, polis mendapati empat lelaki berada di dalam rumah terbabit dan sewaktu serbuan dibuat kesemua suspek bertindak agresif di mana dua daripadany­a memegang senjata tajam.

Bagaimanap­un katanya, dengan ketangkasa­n dan kecekapan anggota serbuan, keempat-empat suspek yang juga bekerja sebagai buruh ladang berusia 20 hingga 54 tahun berjaya ditangkap.

“Pemeriksaa­n di dalam rumah menjumpai satu paket plastik lutsinar yang di dalamnya terdapat 10 paket plastik pelbagai saiz mengandung­i dadah jenis syabu seberat 5.9 gram berserta 12 foil aluminium di atas lantai rumah terbabit.

“Hasil soal siasat lanjut terhadap kesemua mereka yang ditahan, salah seorang daripada suspek yang berusia 20 tahun telah mengaku bahawa ayahnya berusia 54 tahun yang turut ditangkap dalam serbuan itu memiliki senjata api dan peluru yang disimpan di luar rumah,” katanya.

Susulan kenyataan itu katanya, polis berjaya menjumpai dan merampas senjata api berwarna perak beserta peluru serta sebilah pedang samurai berhulu besi dan bersarung kayu berukuran 26 inci di kawasan set janakuasa rumah terbabit dalam jarak 10 meter dari rumah.

Senarai bongkar juga telah dikeluarka­n dan ditandatan­gani oleh suspek.

Nasaruddin berkata keempat-empat suspek terbabit bersama barang kes telah dibawa balik ke Pejabat JSJN Kunak untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjatapi 1969 dan Sek.6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, dan Seksyen 39A(1) ADB 1952.

“Pemeriksaa­n

di dalam rumah menjumpai satu paket plastik lutsinar yang di dalamnya terdapat 10 paket plastik pelbagai saiz mengandung­i dadah jenis syabu seberat 5.9 gram berserta 12 foil aluminium di atas lantai rumah terbabit. SUPT MOHD NASARUDDIN M NASIR Ketua Polis Daerah Kunak

 ??  ?? RAMPASAN barangan kes terdiri pedang samurai, peluru penabur, keris, parang dan senjata api.
RAMPASAN barangan kes terdiri pedang samurai, peluru penabur, keris, parang dan senjata api.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia