Utusan Borneo (Sabah)

Angkasa jangka peningkata­n perolehan koperasi sekolah

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

PENAMPANG: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) jangka penambahan perolehan koperasi sekolah mencapai RM400 juta tahun ini.

Presiden Angkasa Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata tahun lepas koperasi sekolah seluruh negara berjaya mencapai perolehan sebanyak RM359.29 juta.

“Dengan adanya penambahan lebih banyak premis dan kiosk di bawah pengurusan koperasi sekolah, kita menjangkak­an penambahan perolehan berkenaan boleh dicapai tahun ini.

“Menjelang 2020, kita turut menyasarka­n kira-kira 50 koperasi sekolah mendapat perolehan melebihi RM1 juta setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis Penutupan Hari Koperasi Sekolah (HKS) Kali Ketiga Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tansau pada Khamis.

Menurutnya, setakat 31 Disember 2016, sebanyak 2,376 koperasi sekolah ditubuhkan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu jelasnya, Sabah mempunyai sebanyak 214 koperasi.

Abdul Fattah berkata seramai 2.21 juta keahlian koperasi sekolah direkodkan yang melibatkan pelajar, guru dan kakitangan sekolah bukan guru.

Koperasi sekolah katanya, memiliki jumlah aset sebanyak RM327 juta dengan saham berjumlah RM24.8 juta.

“Melihat kepada strategi perniagaan serta usaha yang dilaksanak­an oleh SMK Tansau, saya percaya sekolah ini mampu mendapat perolehan sehingga RM1 juta setahun.

“Justeru, setiap ahli koperasi perlu mempunyai kerjasama yang baik dengan sekolah dalam merancang setiap kegiatan dan strategi perniagaan yang terbaik untuk koperasi,” katanya.

Beliau berkata, menerusi program HKS, ia membuka peluang kepada koperasi sekolah mempromosi­kan kegiatan perniagaan yang dijalankan kepada orang awam.

 ??  ?? ABDUL FATTAH (tengah) ketika melawat gerai jualan yang disediakan sempena majlis itu.
ABDUL FATTAH (tengah) ketika melawat gerai jualan yang disediakan sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia