Utusan Borneo (Sabah)

Pemilik kedai kek dihadapkan ke mahkamah kerana ambil 19 PTI

-

SEPANG: Seorang pemilik kedai kek dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis kerana mengambil 19 pekerja asing tanpa izin untuk bekerja di kedainya.

Hamdam Ismail, 45, mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Saiful Akmal Mohd Said.

Tertuduh didakwa mengambil 18 warga Indonesia dan seorang warga Bangladesh yang tidak memiliki pas yang sah untuk bekerja di Kedai Kek Harissa yang dimiliki oleh Nur Cake House Sdn Bhd di Taman Pinggiran USJ 1/11, Subang Jaya, Selangor ketika serbuan pada 4.40 petang pada 23 Mei lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum menurut Seksyen 55B(3) akta yang sama.

Ia memperuntu­kkan hukuman penjara tidak kurang enam bulan tetapi tidak lebih lima tahun dan boleh dihukum sebat tidak lebih daripada enam sebatan.

Sebelum itu, pegawai pendakwa dari Jabatan Imigresen, Norzam Suhada Abdull Wahab mencadangk­an tertuduh diikat jamin sebanyak RM95,000.

Namun, peguam Zaflee Pakwanteh merayu agar dikurangka­n berikutan tertuduh tiada sumber pendapatan setelah kedai keknya tidak beroperasi sejak serbuan pada 23 Mei lalu.

Zaflee juga memberitah­u mahkamah bahawa anak guamnya perlu menanggung dua anaknya yang masih di sekolah menengah dan tiga lagi di sekolah rendah manakala isterinya sarat mengandung dan akan bersalin pada bilabila masa.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM43,000 serta dua penjamin selain menyerahka­n pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Selain itu, tertuduh perlu melapor diri di pejabat Bahagian Penguat Kuasa Shah Alam, Jabatan Imigresen, Selangor setiap awal bulan.

Kes akan disebut semula dan serahan dokumen pada 8 Ogos ini.- Bernama

 ?? - GambarBERN­AMA ?? PENGUSAHA kedai kek, Hamdam Ismail, 45, dihadapkan ke Mahkamah SesyenSepa­ngpadaKham­is atas tuduhan mengambil 19 pekerja asing yang tidak memiliki pas yang sah untuk bekerja.
- GambarBERN­AMA PENGUSAHA kedai kek, Hamdam Ismail, 45, dihadapkan ke Mahkamah SesyenSepa­ngpadaKham­is atas tuduhan mengambil 19 pekerja asing yang tidak memiliki pas yang sah untuk bekerja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia