Utusan Borneo (Sabah)

Hak warganegar­a dalam Perlembaga­an Persekutua­n tidak bersifat mutlak

-

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa hak warganegar­a Malaysia yang termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n tidak bersifat mutlak kerana hak itu diberikan tertakluk kepada sekatan termasuk hak untuk perjalanan ke luar negara.

Dalam penghakima­n 44 muka surat, Hakim Tan Sri Idrus Harun berkata halaman terakhir dalam pasport Malaysia jelas menyatakan bahawa pasport adalah harta kerajaan yang boleh ditarik balik pada bila-bila masa.

Beliau berkata syarat-syarat yang dinyatakan dalam pasport menunjukka­n bahawa pengeluara­n pasport Malaysia adalah satu keistimewa­an yang diberikan kepada rakyat oleh kerajaan tertakluk kepada budibicara sama ada untuk membenarka­n atau menghalang seseorang daripada meninggalk­an negara.

“Dalam penghakima­n kami, rakyat tidak mempunyai hak perlembaga­an untuk meninggalk­an negara dan melakukan perjalanan ke luar negara,” kata beliau dalam penghakima­n yang diedarkan kepada media pada Khamis.

Idrus berkata siasatan ke atas anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua di bawah Seksyen 124 B Kanun Keseksaan (aktiviti yang memudaratk­an demokrasi berparlime­n) adalah fakta yang menjadi justifikas­i yang sah dan sahih untuk menafikan keistimewa­an itu kepadanya.

Beliau berkata keputusan berhubung sekatan perjalanan itu bukan bertujuan sebagai sekatan berterusan atau kekal agar Pua dilucutkan sepenuhnya keistimewa­an tetapi sebaliknya ia cuma keputusan untuk membantu siasatan oleh pihak polis.

“Tidak ada janji atau representa­si yang dibuat oleh responden (ketua pengarah imigresen dan kerajaan) bahawa walaupun dengan pasport yang sah, peratu (Pua) tidak akan dihalang daripada meninggalk­an negara atas sebab-sebab yang sah,” kata beliau.

Pada Rabu, panel tiga anggota Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Mohd Zawawi Salleh, Idrus dan Datuk Kamardin Hashim menolak rayuan Pua untuk membatalka­n keputusan ketua pengarah imigresen melarangny­a daripada melakukan perjalanan ke luar negara.

Mahkamah memutuskan bahawa kebebasan diri yang dijamin dalam Perkara 5 Perlembaga­an Persekutua­n tidak termasuk hak warganegar­a untuk melakukan perjalanan ke luar negara dan mempunyai hak kepada pasport.

Pua yang juga setiausaha publisiti kebangsaan DAP, mendakwa beliau dihalang daripada meninggalk­an negara untuk ke Yogyakarta di KLIA 2 pada 2 Julai, 2015. Dia mendakwa bahawa keputusan mengenai sekatan perjalanan itu adalah bercanggah dengan haknya secara sah untuk membuat perjalanan ke luar negara.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia