Utusan Borneo (Sabah)

Wanita didakwa menipu urus tiket penerbanga­n

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret di sini pada Khamis, menetapkan tarikh perbicaraa­n pada 7 hingga 10 Ogos depan terhadap seorang wanita yang didakwa atas enam pertuduhan menipu berhubung pembelian tiket kapal terbang.

Majistret Cindy Mc Balitus membuat keputusan itu terhadap Suriani Jaiho, 38, yang tidak diwakili peguam selepas tidak mengaku bersalah.

Bagi kesalahan pertama dan kedua, tertuduh dengan niat menipu Yap Yun Len dan Tiu Miang Nge dengan mengatakan boleh menguruska­n tiket penerbanga­n kapal masing-masing berjumlah RM3,500 dan RM3,000.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 10 Januari dan 20 Mei lepas antara jam 10 pagi hingga jam 10.30 pagi di Syarikat Jaya dan Kompleks Sukan Likas, di sini.

Ketiga dan keempat, pada 21 Jun lepas antara jam 10 hingga 11 pagi di Lintas Square dan Seri Borneo Kondo, Iramanis, di sini, tertuduh didakwa menipu Tan Lee Chua@ Jenny dan Yap Yung Wah dengan tujuan sama, sehingga mangsa menyerahka­n wang RM8,681.52 dan RM2,170.38.

Kelima, tertuduh sekali lagi didakwa menipu seorang wanita Chang Jen Yee bagi tujuan sama, sehingga menyebabka­n mangsa menyerahka­n wang RM700 dan RM2,170.38 kepada tertuduh.

Kesalahan itu dilakukan pada 2 Februari dan 10 Mei lepas jam 11.13 pagi di Public Bank City, di sini.

Bagi setiap pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 kanun keseksaan yang memperuntu­k hukuman penjara selama tempoh 20 tahun atau denda, atau boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,500 bagi setiap pertuduhan, yang dicagarkan dua penjamin tempatan sementara menunggu kes selesai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia