Utusan Borneo (Sabah)

Wanita lebih berisiko hidap vena varikosa

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Golongan wanita perlu mengambil berat tentang penjagaan kaki berikutan 50 peratus penghidap vena varikosa terdiri daripada wanita.

Wanita yang kerap hamil dan suri rumahtangg­a antara mereka yang berisiko untuk menghidap vena varikosa, kata Konsultan Pakar Bedah Plastik, Kosmetik dan Pembinaan Semula Hospital Gleneagles Kota Kinabalu (GKK) Dr Charles Lee.

“Oleh itu, wanita perlu mempunyai kesedaran yang tinggi tentang penyakit ini kerana dikhuatiri jika penyakit ini sudah sampai ke tahap kronik (trombosis vena dalam-DVT), ia boleh membawa maut.

“Selain wanita, golongan yang berisiko tinggi dijangkiti vena varikosa adalah mereka yang berumur di atas 45 tahun serta pekerja yang perlu berdiri untuk tempoh yang lama seperti jurujual dan pendandan rambut,” katanya.

Golongan yang duduk terlalu lama juga antara mereka yang berisiko tinggi dan ia termasukla­h pengurus, kerani dan guru.

Melihat kepada risiko sebegitu, langkah pencegahan perlu diambil seperti melibatkan diri dengan aktiviti fizikal/luar.

Menyentuh kes vena varikosa yang berlaku dalam sesebuah negara, Charles berkata hanya 2-4 peratus sahaja masyarakat­nya berisiko menghidap penyakit berkaitan kaki itu.

Walaupun jumlahnya tidak tinggi namun, jika keadaan kaki seseorang sudah teruk hingga dijangkiti ulser kulit, kos rawatan diperlukan juga agak tinggi.

Beliau berkata kebanyakan masalah kesihatan berkaitan vena varikosa boleh dikesan melalui ultra-bunyi dan pemeriksaa­n di telapak kaki.

Tanda awal yang boleh dikenalpas­ti adalah sakit pada kaki, kulit mudah terselar, gatal, berdenyut-denyut, terasa berat, senggugut dan kekejangan kaki.

 ??  ?? CHARLES
CHARLES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia