Utusan Borneo (Sabah)

Jana pendapatan masyarakat

Pemelihara­an Rumah Agnes Keith

-

SANDAKAN: Pemelihara­an Rumah Agnes Keith membantu menjana pulangan hasil kepada masyarakat tempatan melalui kedatangan pelancong yang berkunjung.

Selain itu, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datu Rosmadi Datu Sulai berkata, pihaknya juga percaya usaha untuk memelihara tapak dan bangunan tinggalan sejarah yang lain akan mempelbaga­ikan lagi aset pelanconga­n di daerah ini.

Berdasarka­n statistik, seramai 4,798 pelancong tempatan dan 2,147 pelancong asing serta 270 pelajar telah direkodkan mengunjung­i rumah berkenaan setakat Jun tahun ini.

“Kita berterima kasih di atas sumbangan pen dokumentas­i a n kajian antropolog­i sosial yang Agnes Keith tulis dalam bukunya. Kita juga menghargai bantuan Jabatan Muzium Malaysia yang membiayai kos membaikpul­ih rumah itu.

“Walaupun Agnes Keith bukan orang tempatan, tetapi kita harus berbangga dan menghargai sumbangan beliau kepada negeri Sabah,” katanya pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Agnes Keith dan Pelancaran Kraft Eksotika sempena Festival Sandakan 2017 di perkaranga­n Rumah Agnes Keith pada Khamis.

Hadir sama, Pengarah Kewangan dan Pembanguna­n, Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) Peter Stephen Ampadu dan Pengarah Jabatan Muzium Sabah, Sintiong Gelet.

Menurut beliau, umum mengetahui karya tulisan Agnes Newton Keith bertajuk ‘Land

Below The Wind’ dan beberapa tajuk lain telah menjadikan North Borneo (Sabah) dikenali di seluruh dunia sehingga mendapat pengiktira­fan dan anugerah ‘non-fiction’ terbaik pada 1939 melalui majalah

‘Atlantic Monthly’ di Amerika Syarikat.

Sementara itu, mengenai Program Kraft Eksotika, Rosmadi berkata ia membantu mempromosi hasil kraftangan daripada suku kaum yang terdapat di negeri ini.

Katanya, program yang diadakan setiap tahun itu bukan sahaja menjadi wadah penting memperagak­an kekayaan hasil kerja tangan masyarakat Sabah, tetapi ia juga memberi peluang kepada generasi muda untuk mengenali dan mendekati warisan kraf yang sudah jarang sekali dihasilkan.

Dengan pendedahan seumpama itu dan keupayaan pendidikan mereka, ia sudah pasti dapat menyemai rasa minat dalam kalangan anak-anak muda untuk menceburka­n diri dalam penghasila­n kraf yang berinovasi dan dapat dipasarkan kepada pelancong.

Sambutan Hari Agnes Keith diisi dengan pertanding­an melukis potret dan mewarna, kuiz, sukan rakyat, persembaha­n kebudayaan serta cabutan pelawat bertuah.

“Kita

berterima kasih di atas sumbangan pendokumen­tasian kajian antropolog­i sosial yang Agnes Keith tulis dalam bukunya. Kita juga menghargai bantuan Jabatan Muzium Malaysia yang membiayai kos membaikpul­ih rumah itu.

 ??  ?? PENYAMPAIA­N cenderahat­i kepada Rosmadi selepas merasmikan Sambutan Hari Agnes Keith.
PENYAMPAIA­N cenderahat­i kepada Rosmadi selepas merasmikan Sambutan Hari Agnes Keith.
 ??  ?? ROSMADI mencuba aktiviti sukan rakyat.
ROSMADI mencuba aktiviti sukan rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia