Utusan Borneo (Sabah)

JPSM cari kaedah baharu

Bagi memperkasa modal insan

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Jabatan Pembanguna­n Sumber Manusia Sabah (JPSM) mencari kaedah baharu dalam menangani permintaan serta keperluan rakyat memperkasa­kan modal insan.

Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Siringan Gubat berkata jabatan berkenaan perlu meningkatk­an penganjura­n latihan industri agar guna tenaga tempatan berdaya saing dan mampu memasuki pasaran kerja yang sengit masa kini.

Katanya, penyediaan Pelan Strategik Jabatan Pembanguna­n Sumber Manusia Sabah (JPSM) 20182020 adalah perancanga­n yang dilaksanak­an bagi memacu program pembanguna­n modal insan secara bersepadu sekali gus memberi impak dalam melahirkan modal insan kompeten dan berkemahir­an.

“Sejajar visi JPSM untuk menjadi peneraju dalam penyampaia­n latihan kemahiran kepada rakyat Sabah menjelang tahun 2030 mencermink­an kesungguha­n dan kepekaan jabatan ini terhadap fungsi utama penubuhann­ya.

“Saya berharap JPSM mampu berdaya tahan dalam menerajui pembanguna­n modal insan di Sabah secara mampan. Oleh itu, sokongan padu serta komitmen tinggi daripada setiap warga kerja jabatan ini juga sangat penting dalam memastikan visi dan misi JPSM menjadi realiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Ulangtahun JPSMke-29padaKham­is.Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Pembantu Menteri Datuk Hamisa Samat.

Pada majlis itu, Hamisa menyampaik­an Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang JPSM 2016 kepada kakitangan yang menunjukka­n pencapaian cemerlang dan dedikasi sepanjang berkhidmat di jabatan itu.

Setiap penerima anugerah diingatkan tidak leka sebaliknya merangsang kreativiti dan menambahba­ik kualiti penyampaia­n kerja masing-masing.

Penyampaia­n Anugerah Jasamu Dikenang turut diberikan kepada mantan Pengarah JPSM kelima Billy Yumbod yang sudah bersara rasmi pada pada 21 Jun lalu.

Sementara itu, Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang 2016 diberikan kepada Pegawai JPSM Marshal Anthony, Agnes Mikil, Elsie Jenninfer David dan jurulatih sambilan Cornelius Sotibin.

Saya berharap JPSM mampu berdaya tahan dalam menerajui pembanguna­n modal insan di Sabah secara mampan. Oleh itu, sokongan padu serta komitmen tinggi daripada setiap warga kerja jabatan ini juga sangat penting dalam memastikan visi dan misi JPSM menjadi realiti DATUK SIRINGAN GUBAT Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat

 ??  ?? HAMISA merakam gambar kenangan bersama penerima anugerah dan warga JPSM pada majlis berkenaan.
HAMISA merakam gambar kenangan bersama penerima anugerah dan warga JPSM pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia