Utusan Borneo (Sabah)

Liow beri taklimat pada waris mangsa MH17 Khamis depan

-

SEPANG: Waris mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di ruang udara U k rai n e pada 2014 akan diberi taklimat berkenaan proses pendakwaan yang akan dilakukan di Belanda pada Khamis depan (17 Julai) di Putrajaya bersempena majlis peringatan ulang tahun ketiga insiden itu.

Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kementeria­n akan menjemput kesemua waris untuk diberi taklimat dan maklumat berhubung perkembang­an terkini insiden MH17 di Hotel Marriot Putrajaya di sini.

“Saya sendiri akan berbincang dan memberi taklimat kepada mereka, “katanya kepada media selepas merasmikan Renesas Electronic­s Kuala Lumpur Global Parts Distributi­on Centre pada Khamis.

Malaysia dan negara Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) iaitu Belanda, Belgium, Ukraine dan Australia bersetuju agar pendakwaan nasional terhadap mereka yang bertanggun­gjawab menyebabka­n MH17 ditembak jatuh dilakukan di Belanda.

Liow berkata negaranega­ra terlibat yakin terhadap pelaksanaa­n undang-undang di Belanda mampu beri keadilan kepada kesemua mangsa tanpa perlu melibatkan mahkamah antarabang­sa.

“Kesemua lima negara telah pun bersedia dari segi mahkamah dan kemudahan untuk mendakwa penjenayah ini,” katanya.

Liow berkata proses siasatan kini tertumpu kepada 100 orang suspek dan siasatan penuh dijangka selesai pada awal tahun depan sebelum proses pendakwaan dimulakan.

Katanya pada proses pendakwaan tersebut, Malaysia akan diwakili Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

“Ini merupakan tragedi yang tidak boleh dilupakan negara kita apabila sebuah pesawat sivil ditembak jatuh dan kita memerlukan keadilan dan perlu membawa mereka yang terlibat ke mahkamah... sebab itu kerajaan Malaysia bertungkus lumus untuk membawa penjenayah ke mahkamah,” katanya.

Pesawat Boeing B777 itu yang dalam penerbanga­n dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa 298 penumpang termasuk anak kapal, ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai, 2014.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia