Utusan Borneo (Sabah)

Pegawai M’sia-Thai tingkat usaha perangi penyeludup­an dadah

-

BANGKOK: Langkah memperting­kat usaha memerangi aktiviti penyeludpa­n dadah akan menjadi agenda utama dalam mesyuarat tahunan dua hala antara pihak berkuasa Thailand dan Malaysia minggu depan.

Bandaraya Chiangrai di utara Thailand yang terletak di pinggir kawasan ‘Segitiga Emas’ sengaja dipilih untuk menjadi tuan rumah mesyuarat itu bermula daripada 11 hingga 14 Julai.

“Kami mengadakan mesyuarat di Chiangrai kerana kami mahu menunjukka­n kepada rakan sejawatan kami dari Malaysia mengenai landskap penyeludup­an dadah di Segitiga Emas dan laluan penyeludup­annya agar mereka dapat melihat sendiri apa wajah sebenar Segitiga Emas,” kata Ketua Pegawai Lembaga Kawalan Narkotik Thailand (ONCB), Sirinya Sitdichai kepada Bernama.

Kawasan Segitiga Emas merangkumi utara Myanmar dan Laos yang terkenal sebagai wilayah pengeluara­n dadah utama dunia sejak berdekad lalu.

Pejabat Dadah dan Jenayah Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNODC) menganggar­kan candu terus dihasilkan pada peringkat tinggi di Segitiga Emas di Laos dan utara Myanmar yang mempunyai ladang seluas 60,000 hektar yang mengeluark­an 20 peratus bekalan global.

SegitigaEm­asturutsem­akin menjadi kilang terbesar dunia bagi penghasila­n dadah sintetik.

Menurut Sirinya yang akan mengetuai delegasi Thailand ke mesyuarat itu, Malaysia akan diketuai Pengarah Jabatan Narkotik Bukit Aman, Datuk Mokhtar Mohd Sharif.

Malaysia menjadi tuan rumah mesyuarat dua hala itu tahun lalu.

“Kami akan berbincang (di Chiangrai) masalah penyeludup­an dadah selain kerjasama dalam perkongsia­n risikan,” katanya dan menambah mesyuarat itu akan turut dihadiri Biro Penindasan Narkotik Thailand (NSB) dan pihak polis sempadan selatan.

Malaysia dan Thailand akan meneroka segala bentuk kerjasama bagi memerangi masalah dadah antara keduadua negara, kata Sirinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia