Utusan Borneo (Sabah)

23 doktor perlu duduki ujian BM

Pada peringkat SPM sehingga lulus

-

PUTRAJAYA: Sebanyak 23 doktor yang tidak mempunyai kelulusan dalam Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu menduduki ujian subjek berkenaan sehingga lulus, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramania­m.

“Jika mereka gagal (November ini) mereka perlu terus menduduki (ujian kertas Bahasa Melayu SPM) sehingga mereka lulus,” katanya apabila ditanya jika kesemua doktor itu tidak lulus kertas BM pada SPM November ini ketika ditemui pemberita selepas merasmikan blok Obstetrik dan Neonatolog­i Hospital Putrajaya, di sini pada Khamis.

Semalam, mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerus­ikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memutuskan untuk menarik balik kelonggara­n syarat kelayakan lulus dengan kepujian subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM bagi lantikan kontrak pegawai perubatan gred UD41.

Timbalan Perdana Menteri ketika mengumumka­n keputusan itu berkata, hanya terdapat 23 doktor termasuk anak diplomat Malaysia yang mendapat pendidikan perubatan di luar negara diberi kelonggara­n itu sebelum ini.

Kabinet semalam turut memutuskan supaya Akta Perubatan 1971 dipinda untuk mewajibkan perkhidmat­an pegawai perubatan selama dua tahun selepas tamat latihan dan memasukkan syarat kelulusan Bahasa Melayu.

Dr Subramania­m berkata sementara menunggu pindaan Akta Perubatan 1971 dibentangk­an di Parlimen, Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) selaku agensi pekerjaan akan melaksanak­an syarat lulus Bahasa Melayu dalam pengambila­n kontrak pegawai perubatan gred UD41.

Beliau berkata isu itu dijangka selesai dalam masa setahun dan menjelang tempoh itu kesemua doktor yang dilantik dijangka memenuhi syarat lulus Bahasa Melayu di peringkat SPM.

“Ini kerana keputusan Jemaah Menteri semalam adalah jelas dan mereka yang tidak memiliki kelulusan kertas Bahasa Melayu peringkat SPM perlu melakukan tindakan yang sewajarnya. Jumlah golongan ini terlalu kecil berbanding jumlah keseluruha­n doktor siswazah setiap tahun,” kataya.

 ?? GambarBern­ama ?? DR Subramania­m beramah mesra dengan pesakit selepas merasmikan Blok Obstetrik dan Neonatolog­i di Hospital Putrajaya pada Khamis. Turut sama Pengarah Hospital Putrajaya, Datuk Dr Nora`i Mohd Said (dua, kanan).
GambarBern­ama DR Subramania­m beramah mesra dengan pesakit selepas merasmikan Blok Obstetrik dan Neonatolog­i di Hospital Putrajaya pada Khamis. Turut sama Pengarah Hospital Putrajaya, Datuk Dr Nora`i Mohd Said (dua, kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia