Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan setuju beri insentif bantu agensi pelanconga­n tempatan

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk memberikan insentif khas kepada agensi pelanconga­n tempatan bagi mengelakka­n pembatalan kontrak akibat pengenalan cukai pelanconga­n yang dikuatkuas­akan 1 Julai lepas, kata Persatuan Pelanconga­n Dalam Malaysia (MITA).

Presidenny­a, Uzaidi Udanis berkata perkara tersebut disampaika­n dalam satu perjumpaan khas bersama Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada Selasa lepas bagi membincang­kan isu berkaitan cukai tersebut.

Katanya bentuk insentif tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat setelah kerajaan mengkaji mekanisme yang sesuai dalam pemberian insentif itu.

“Kebanyakan kontrak pelanconga­n di antara agensi tempatan dengan luar negara telah dipersetuj­ui dan ditandatan­gani sebelum pengenalan cukai pelanconga­n. Jadi harga yang telah dipersetuj­ui itu tidak termasuk cukai pelanconga­n.

“Sektor pelanconga­n seperti sektor Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MI C E) juga sudah dipersetuj­ui terlebih dahulu. Jadi kita tidak mahu ahli kami terpaksa mengeluark­an duit tambahan untuk membayar bayaran bagi cukai tersebut dan mungkin perlu membayar ganti rugi setelah pembatalan kontrak,” katanya pada sidang media mengenai isu tersebut di sini, pada Khamis.

Pada sidang Dewan Rakyat yang lepas, Rang UndangUnda­ng Cukai Pelanconga­n 2017 diluluskan yang antara lain membenarka­n pelaksanaa­n kadar cukai antara RM2.50 dan RM20 bagi penginapan semalam di hotel dan rumah penginapan berdaftar.

Ketika menggulung perbahasan rang undangunda­ng itu, Mohamed Nazri berkata cukai pelanconga­n dianggarka­n mampu memberi kutipan sebanyak RM654.62 juta sekiranya kadar penginapan bermalam bagi keseluruha­n 11 juta bilik di negara ini mencapai 60 peratus.

Sementara itu, Uzaidi berkata MITA menyokong penuh usaha kerajaan dalam pelaksanaa­n Cukai Pelanconga­n kerana berpendapa­t hasil daripada kutipan tersebut boleh disalurkan ke aktiviti promosi pelanconga­n serta pembanguna­n infrastruk­tur pelanconga­n.

“Aktiviti promosi pelanconga­n penting dalam mempromosi­kan sektor pelanconga­n, dan pihak MI TA sedar bahawa negara-negara lain sedang aktif melakukan promosi. Kita hanya akan ketinggala­n sekiranya promosi tidak diadakan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia