Utusan Borneo (Sabah)

Gagal tuntut MyKad telah siap diproses akan didenda

-

GEORGE TOWN: Jabatan Pendaftara­an Negara (JPN) bercadang mengenakan denda kepada orang ramai yang gagal menuntut MyKad yang siap diproses dalam tempoh ditetapkan berikutan terdapat ramai yang tidak mengambil berat tentang perkara itu.

Ketua Pengarah Pendaftara­n Negara Datuk Mohd Yazid Ramli berkata pihaknya juga bercadang memendekka­n tempoh sah guna dokumen Mykad sementara kepada kurang 30 hari berbanding tiga bulan sebelum ini bagi melicinkan pelbagai urusan rakyat.

Bagaimanap­un, kedua-dua cadangan itu masih di peringkat perbincang­an dan pihaknya akan melaksanak­annya selepas mendapatke­putusanber­hubung cadangan tersebut, katanya.

“Cadangan itu bagi memastikan pemohon tidak lambat menuntut Mykad mereka sehingga ada yang menggunaka­n dokumen pengenalan sementara walaupun sudah tamat tempoh.

“Pemohon yang gagal menuntut Mykad yang sudah siap akan dikenakan denda kerana disifatkan gagal mempunyai pengenalan diri yang sah dan menyukarka­n pelbagai urusan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Projek Hab Percetakan Teragih MyKad (DPP) JPN Pulau Pinang di sini, pada Khamis.

Mengenai projek Hab DPP, Mohd Yazid berkata ia memberikan penjimatan kos kepada pembanguna­n sistem, tenaga kerja dan perkhidmat­an Pos Laju kepada JPN negeri ini.

“Pelaksanaa­n projek ini turut memberi faedah secara berterusan kepada rakyat dan perkhidmat­an awam berikutan manfaat penjimatan masa yang diperoleh rakyat, mempermuda­hkan urusan rasmi yang memerlukan pengesahan maklumat diri melalui MyKad,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia