Utusan Borneo (Sabah)

GiatMara diberi peranan latih tenaga kerja pakar rel, kereta api

-

KUALA LUMPUR:GiatMara diberi peranan untuk melatih dan menyediaka­n tenaga kerja pakar bagi memenuhi keperluan industri rel dan kereta api yang semakin berkembang di negara ini. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bagi peringkat awal, institusi latihan itu akan menyediaka­n 760 tempat untuk pelatih mengikuti kursus itu.

“Seperti yang kita tahu, kita sekarang bercakap soal MRT, LRT, projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan projek Landasan Keretapi Pantai Timur ECRL, yang memerlukan ramai pakarpakar.

Saya ingin memaklumka­n yang terbaharu bahawa Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah pun memberi peranan baharu kepada GiatMara iaitu untuk menyediaka­n satu kursus baharu berkaitan kereta api,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Raya 4 All 2017 GiatMara di sini Khamis.

Katanya, sebanyak 24 buah GiatMara di seluruh negara akan terlibat menyediaka­n kursus latihan dalam bidang itu yang mana modul latihannya dibangunka­n sendiri oleh pusat latihan itu dengan kerjasama pihak industri kereta api.

Katanya, pengambila­n untuk mengisi tempat dalam kursus itu dibuka sekarang dan para belia yang berminat boleh membuat permohonan secara terus kepada GiatMara.

Ismail Sabri berkata, selain GiatMara, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) juga telah menyediaka­n kursus berkaitan industri rel dan kereta api untuk peringkat universiti.

“Untuk UniKL, kita bekerjasam­a dengan sebuah syarikat kereta api dari Jepun, sebuah dari China dan juga Rapid Rail di bawah Syarikat Prasarana Negara Bhd untuk menyediaka­n kursus itu,” katanya sambil menambah bahawa langkah tersebut akan mengelak negara bergantung kepada tenaga kerja pakar luar negara. - Bernama

 ??  ?? ISMAIL Sabri (tengah) beramah mesra dengan para pelatih Giat Mara yang akan mewakili negara ke Worldskill­s Competitio­n Abu Dhabi 2017 pada Majlis Rumah Terbuka Raya 4 All Giat Mara di perkaranga­n Wisma Giat Mara pada Khamis. - Gambar BERNAMA
ISMAIL Sabri (tengah) beramah mesra dengan para pelatih Giat Mara yang akan mewakili negara ke Worldskill­s Competitio­n Abu Dhabi 2017 pada Majlis Rumah Terbuka Raya 4 All Giat Mara di perkaranga­n Wisma Giat Mara pada Khamis. - Gambar BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia