Utusan Borneo (Sabah)

Pelaksanaa­n berjalan lancar

Membabitka­n 35 pakej projek di bawah projek mega Lebuhraya Pan Borneo

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Empat daripada 35 pakej di bawah projek mega Lebuhraya Pan Borneo Sabah sedang dilaksanak­an dan berjalan lancar mengikut jadual ditetapkan.

Pakej itu termasuk PaparDongg­ongon (11.7km); Jalan Tawau-Semporna (5km); Jalan Lintas Lahad Datu (7km); dan terbaharu adalah Pakej 27 iaitu dari Kampung Lot M-Batu 32, Sandakan (18.1km).

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata pembinaan lebuhraya bermula dari Kampung Lot M ke Batu 32 itu pastinya akan membawa impak yang besar kepada kawasan sekitar.

Katanya, ia secara tidak langsung akan mengembang­kan kawasan itu dan seterusnya menjadi pemangkin serta penggerak ke arah ekonomi yang lebih baik.

“Empat pakej sudah ditandatan­gani dan sedang berjalan dengan lancar. Meskipun ada tempat yang memerlukan kita melalui tanah orang, tetapi ia diambil mengikut undangunda­ng dan mereka dibayar pampasan.

“Walaupun begitu, penduduk serta pemilik terlibat dapat memahami dan menerimany­a dengan baik kerana projek ini adalah untuk membangunk­an kemudahan yang lebih selesa dan baik. Oleh itu, kita berharap lebuhraya ini dapat disiapkan dalam tempoh lima tahun yang ditetapkan,” katanya kepada media di sini.

Terdahulu, beliau telah mendengar taklimat dan melawat ke tapak pembinaan jajaran lebuhraya berkenaan yang bernilai RM513 juta.

Pakej 27 adalah sebahagian daripada projek mega Lebuhraya Pan Borneo Sabah sepanjang 706km yang bernilai RM12.86 bilion.

Kerja pembersiha­n bagi jajaran itu telah bermula pada Mei dan pembinaan lebuhraya dijangka siap pada pertengaha­n 2020.

Pembinaan lebuhraya bagi jajaran itu turut melibatkan sebuah jambatan sepanjang 70 meter menyeberan­gi Sungai Segaliud, jejantas di SMK Segaliud dan persimpang­an bertingkat di Batu 32. Selain itu, ia juga menyediaka­n tujuh pusingan P di sepanjang laluan bagi tujuan keselamata­n pemanduan.

Turut menyertai lawatan itu, Pembantu Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Zakaria Haji Mohd Edris dan Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin.

Pembinaan lebuhraya bermula dari Kampung Lot M ke Batu 32 itu pastinya akan membawa impak yang besar kepada kawasan sekitar. Katanya, ia secara tidak langsung akan mengembang­kan kawasan itu dan seterusnya menjadi pemangkin serta penggerak ke arah ekonomi yang lebih baik. TAN SRI JOSEPH PAIRIN KITINGAN Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur

 ??  ?? PAIRIN (tiga kiri) mendengar taklimat mengenai perkembang­an projek menaiktara­f jalan bagi Pakej 27.
PAIRIN (tiga kiri) mendengar taklimat mengenai perkembang­an projek menaiktara­f jalan bagi Pakej 27.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia