Utusan Borneo (Sabah)

Penyebaran berita palsu perlu dibanteras segera

-

SINGAPURA: Berita palsu walaupun hanya satu, perlu dibanteras segera penyebaran­nya, kata Ketua Setiausaha Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.

“Jika tidak ditangani segera, ia bukan sahaja memudaratk­an seseorang individu malah boleh memberikes­ankepadase­sebuah negara,” kata beliau selepas mempengeru­sikan mesyuarat pertama Jawatankua­sa Bersama Malaysia dan Singapura Mengenai Maklumat dan Komunikasi di sini pada Khamis.

Mesyuarat itu dipengerus­ikan bersama Setiausaha Tetap Kementeria­n Komunikasi dan Maklumat Singapura Gabriel Lim.

Katanya berita palsu, ekonomi digital, suis analog dan perayauan mudah alih antarabang­sa merupakan empat topik yang dibincangk­an dalam mesyuarat tersebut.

Dr Sharifah Zarah berkata kepantasan teknologi membuatkan usaha menghentik­an penyebaran berita palsu “sedikit memeningka­n” dan “tidak mudah untuk memberhent­ikan penyebaran­nya begitu saja.”

Menurut beliau satu daripada langkah itu, adalah rakyat perlu dididik untuk membezakan berita palsu dan berita yang benar.

Dr Sharifah Zarah kerajaan juga telah melancarka­n laman portal Sebenarnya. My, sebuah portal yang mahu memaklumka­n kesahihan berita yang tular di media sosial.

Menyifatka­n mesyuarat pada hari ini sebagai berhasil, beliau berkata kedua-dua negara dapat berkongsi pengalaman dan idea bagi menangani masalah penyebaran berita palsu ini.

Malaysia dan Singapura menandatan­gani satu Memorandum Persefaham­an tahun lepas bagi meningkatk­an lagi kerjasama dua hala dalam bidang penerbitan filem dan televisyen, pembanguna­n maklumat komunikasi dan media, pertukaran berita, teknologi digital dan komunikasi kerajaan.

Turut hadir Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh.

Bersempena dengan mesyuarat itu, Singapura akan menjadi hos program Muzika Ekstravaga­nza malam Jumaat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Menteri Komunikasi dan Maklumat Singapura Dr Yaacob Ibrahim akan menjadi tetamu kehormat pada program penerbitan bersama acara tahunan itu.

Program Muzika yang memasuki tahun ke-11 itu diterbitka­n bersama oleh Radio Television Malaysia (RTM) dan Mediacorp Singapura.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia