Utusan Borneo (Sabah)

Usahawan Bumiputera perlu kreatif

Untuk bersaing dalam dunia perniagaan

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Usahawan bumiputera di negeri ini digesa supaya mencari idea baharu bagi memastikan perniagaan mereka bertahan lama dan mampu bersaing dengan usahawan lain.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat berkata ia kerana dunia perniagaan kini lebih memerlukan usahawan yang memiliki daya inovasi dan kreativiti.

“Langkah itu perlu ada agar usahawan bumiputera lebih kompeten dan berdaya saing dalam meningkatk­an dan menambah keupayaan mereka, kerana hanya dengan usaha ini, penyertaan bumiputera dalam pembanguna­n ekonomi akan menjadi lebih berkesan dan mapan.

“Usahawan bumiputera juga perlu meningkatk­an jaringan kerjasama sesama sendiri kerana semua bentuk produk dan perkhidmat­an yang diperlukan masyarakat dapat disediakan oleh mereka,” katanya ketika berucap merasmikan penutupan Kursus Asas Kewangan Perniagaan Kontraktor di sini pada Khamis.

Hamisa berkata industri jualan sajian makanan dilihat semakin menjadi salah satu kerjaya pilihan usahawan bumiputera pada masa kini selain bidang profesiona­l lain.

Katanya ia bertepatan dengan pendekatan sajian makanan menerusi ‘food truck’ yang kini semakin mendapat tempat di negara ini.

“Perniagaan trak makanan mula popular di Sabah tahun lepas. Kelebihan perniagaan ini, ia adalah pelbagai termasukla­h mudah dikendalik­an dengan beralih ke lokasi lebih strategik jika tiada pelanggan di lokasi sebelumnya.

“Bahkan, setiap hari hasil pendapatan perniagaan makanan menerusi jualan kaedah trak makanan dianggarka­nmencecahR­M25 bilion di seluruh dunia.

“Jadi, saya menggesa pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) supaya dapat membantu usahawan muda yang ingin menceburi perniagaan trak makanan bagi menggalakk­an lebih ramai masyarakat di Sabah menceburi bidang ini,” katanya.

Terdahulu, kursus yang berlangsun­g tiga hari bermula 4 hingga 6 Julai anjuran Kementeria­n Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat itu disertai 45 orang.

“Langkah itu perlu ada agar usahawan bumiputera lebih kompeten dan berdaya saing dalam meningkatk­an dan menambah keupayaan mereka, kerana hanya dengan usaha ini, penyertaan bumiputera dalam pembanguna­n ekonomi akan menjadi lebih berkesan dan mapan. DATUK HAMISA SAMAT Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat

 ??  ?? HAMISA (kanan) menerima cendera kenangan daripada Ketua Unit Kemahiran Datin Cleopatra Asing.
HAMISA (kanan) menerima cendera kenangan daripada Ketua Unit Kemahiran Datin Cleopatra Asing.
 ??  ?? HAMISA merakam gambar kenangan bersama peserta kursus.
HAMISA merakam gambar kenangan bersama peserta kursus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia