Utusan Borneo (Sabah)

Rumah terbuka tradisi rapatkan hubungan kekitaan

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ketua Pemuda Umno Keningau Nik Nazri Nik Zawawi dan keluarga yang diadakan di kediamanny­a di Keningau begitu meriah sekali.

Kemeriahan itu turut dirasai oleh seluruh lapisan masyarakat terdiri pelbagai kaum dan agama yang hadir serta bersama-sama merayakann­ya.

Lebih 5,000 orang menghadiri majlis rumah terbuka Nazri yang dihoskan bersama oleh ibu bapanya, Haji Nik Zawawi Nik Abdul Rahman dan Hajah Rehana Haji Abdul Latif serta ahli keluarga lain.

Nazri yang ditemui menyifatka­n perayaan Hari Raya tahun ini begitu meriah sekali walaupun umat Islam terpaksa berjimat cermat atas situasi ekonomi negara yang kurang menentu.

“Bagi saya, Hari Raya satu perayaan yang diraikan oleh umat Islam setiap tahun dengan disertai masyarakat pelbagai kaum dan agama yang menjadi satu tradisi untuk merapatkan lagi hubungan silaturahi­m dan semangat kekitaan.

“Melalu perayaan-perayaan yang diadakan termasuk Hari Raya, kita menjadi sebagai satu keluarga apabila bertemu dan beramah mesra dengan satu sama lain,” katanya.

Katanya selain menikmati juadah Hari Raya, mereka yang kurang bernasib baik juga mendapat perhatian dengan menerima sumbangan berbentuk barang keperluan serta duit raya.

Nazri berkata mereka adalah terdiri ibu tunggal, fakir miskin, asnaf, orang kurang upaya, anak yatim dan juga kanak-kanak.

“Kanak-kanak adalah yang amat merasakan keseronoka­n kerana pada setiap sambutan Hari Raya mereka akan mendapat duit raya sama ada daripada ibu bapa mereka mahu pun daripada mereka yang mengadakan majlis rumah terbuka,” katanya.

Suasana negara yang harmoni dan aman, katanya, membolehka­n rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik merayakan perayaan itu bersama-sama keluarga, saudara mara dan rakan-rakan.

Katanya ia adalah keistimewa­annya bagi rakyat Malaysia yang bersatu padu dan bekerjasam­a dalam mengekalka­n keamanan serta perpaduan yang memberi impak kepada kesejahter­aan seluruh rakyat di negara ini.

Menurut beliau gagasan 1Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi satu wadah, inspirasi dan iltizam kepada rakyat pelbagai kaum dan agama untuk terus bersatupad­usertahidu­ppenuh muhibbah dan harmoni.

“Saya percaya melalui kepimpinan sekarang, keamanan dan keharmonia­n melalui perpaduan yang kuat oleh seluruh rakyat dapat dikekal dan dipertahan­kan untuk generasi yang akan datang,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan merangkap Adun Liawan Datuk Haji Sairin Karno, Ketua Daerah OKK Mohd Amir Arif, Ketua Polis Daerah DSP Ahmad Jawila, Pegawai Penerangan Daerah Hendry Nurdin, Pengetua SMK Agama Keningau Ustaz Haidon Sapri, Ketua Penerangan Umno Keningau Azman Haji Ruslan, Naib Ketua MCA Keningau Leonard Teo dan Kapitan Peter Ma.

Pada majlis itu, orang ramai turut dihiburkan dengan persembaha­n oleh artis Haris Baba dan artis tempatan lain.

 ??  ?? NAZRI (berdiri, dua dari kanan) bersama Sairin (duduk, tiga kanan), Amir (kanan), Ahmad (dua kanan), Haidon (tiga kiri) dan Hendry (dua kiri).
NAZRI (berdiri, dua dari kanan) bersama Sairin (duduk, tiga kanan), Amir (kanan), Ahmad (dua kanan), Haidon (tiga kiri) dan Hendry (dua kiri).
 ??  ?? KOMUNITI Tionghua bergambar kenangan dengan Nazri dan Haris Baba.
KOMUNITI Tionghua bergambar kenangan dengan Nazri dan Haris Baba.
 ??  ?? REHANA (tengah) bergambar kenangan dengan ahli keluarga Suman.
REHANA (tengah) bergambar kenangan dengan ahli keluarga Suman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia