Utusan Borneo (Sabah)

Empat negara Arab terus boikot Qatar

Kritik reaksinya ‘negatif’ kepada senarai tuntutan untuk tamat krisis diplomatik

-

KAHERAH: Negara-negara Arab yang memutuskan hubungan dengan Qatar berjanji kelmarin untuk meneruskan boikot mereka terhadap emiriah itu, dan mengkritik reaksinya yang “negatif” kepada senarai tuntutan mereka untuk menamatkan krisis diplomatik.

Qatar merayu agar diada-kan “dialog” untuk menyelesai­kan perbalahan itu mana-kala Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bercakap kepada rakan sejawatann­ya di Mesir Abdel Fattah alSisi untuk menggesa semua pihak “agar berunding secara membina”.

Menteri-menteri luar Mesir, Arab Saudi, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), yang bermesyuar­at di Kaherah, “menyesali reaksi negatif dari Qatar”, mereka menyebut dalam satu kenyataan.

Menteri Luar Mesir Sameh Shoukry berkata reaksi Qatar kepada syarat blok itu “tidak ada isi” dan “mencermink­an kefahaman yang kurang mengenai keseriusan situasi ini”.

Rundingan di Kaherah diadakan sebulan selepas keempat-empat negara memutuskan­hubungande­ngan Qatar, selepas menuduh Doha menyokong ekstremism­e.

“Boikot itu akan kekal,” kata Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir pada sidang akhbar yang sama di ibu negara Mesir.

Empat negara Arab terbabit tidak pula mengumumka­n sekatan baharu tetapi Jubeir berkata mereka akan “mengambil langkah pada waktu yang sesuai”.

Menteri Negeri untuk Hal Ehwal Luar UAE Anwar Gargash meramalkan peminggira­n Qatar seterusnya.

“Seterusnya peminggira­n yang lebih serius, langkah tambahan dan kerosakan reputasi yang berpunca daripada sokongan Doha yang berterusan kepada ekstremism­e dan terorisme,” katanya dalam Twitter.

Tuntutan berkenaan termasuk menamatkan sokongan Doha kepada Ikhwanul Muslimin dan menutup badan penyiaran Al-Jazeera.

Arab Saudi dan sekutunya tidak menyatakan langkah yang mereka dapat ambil seterusnya, tetapi terdapat kebimbanga­n mengenai embargo lebih luas yang dapat menjejaska­n ekonomi Qatar, dan agensi penarafan kredit Moody’s mengumumka­n ia telah mengubah prospek Qatar kepada negatif ekoran krisis berkenaan.

Negara-negara terbabit mengeluark­an senarai tuntutan 13 perkara pada 22 Jun lalu, dan memberi tempoh 10 hari kepada Qatar untuk bertindak.

Tempoh itu dilanjutka­n selama 48 jam pada Ahad lepas atas permintaan Kuwait, yang menjadi perantara dalam krisis itu, dan Qatar mengemukak­an jawapannya Isnin lepas.

Kandungan jawapan itu tidak didedahkan, tetapi Menteri Luar Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahma­n Al-Thani berkata senarai tuntutan itu “tidak realistik dan tidak dapat dilaksanak­an”.

Qatar menafi menyokong ekstremism­e dan menuduh negara-negara tersebut cuba melanggar kedaulatan­nya.

Tuntutan lain termasuk menurun taraf hubungan Qatar dengan Iran – musuh serantau utama Arab Saudi – dan menutup sebuah pangkalan tentera Turki di emiriah tersebut.

Dalam perbualan telefonnya dengan Sisi, Trump “mengulangi keperluan bagi semua negara untuk berpegang kepada komitmen mereka pada sidang kemuncak Riyadh (pada Mei lalu) untuk menghentik­an pembiayaan pengganas dan mengecamid­eologipela­mpau”, kata Rumah Putih.

Setiausaha Negara AS Rex Tillerson bercakap dengan amir Kuwait dan menekankan “sokongan” Washington kepada usahanya untuk mencari penyelesai­an kepada krisis itu, kata agensi berita KUNA di Kuwait.

Sementara itu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata penolong setiausaha agung bagi hal ehwal politik, Jeffrey Feltman, berada di Kuwait untuk rundingan bagi menamatkan perbalahan itu.

Menteri Luar Jerman Sigmar Gabriel menyebut dalam satu kenyataan bahawa beliau “gembira melihat rundingan di antara setiausaha negara AS dengan pihak Kuwait”.

“Ia sekarang adalah perkara bagi pihak-pihak yang menyertai rundingan”, ujar-nya.

Qatar beberapa kali menyatakan ia bersedia untuk mengadakan rundingan mengenai krisis itu, dan Sheikh Mohammed menegaskan perkara itu kelmarin.

“Kami mengalu-alukan sebarang usaha serius untuk menyelesai­kan pertikaian kami dengan jiran-jiran kami,” katanya.

Menteri itu menuduh Arab Saudi dan sekutu serantauny­a “menuntut agar kami menyerahka­n kedaulatan kami sebagai harga untuk menamatkan serangan ini”.

Riyadh dan penyokongn­ya memutuskan hubungan udara, laut dan darat dengan Qatar, termasuk memutuskan laluan penting bagi import seperti makanan.

Mereka turut mengarahka­n warga Qatar untuk meninggalk­an negara mereka dan mengambil pelbagai langkah terhadap syarikat dan institusi kewangan Qatar. — AFP

 ?? Gambar Reuters ?? MENTERI Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir (dua kiri), Menteri Luar UAE Abdullah bin Zayed al-Nahyan (kiri), Menteri Luar Mesir Sameh Shoukry (kanan) dan Menteri Luar Bahraini Khalid bin Ahmed al-Khalifa (dua kanan) bertemu untuk membincang­kan situasi...
Gambar Reuters MENTERI Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir (dua kiri), Menteri Luar UAE Abdullah bin Zayed al-Nahyan (kiri), Menteri Luar Mesir Sameh Shoukry (kanan) dan Menteri Luar Bahraini Khalid bin Ahmed al-Khalifa (dua kanan) bertemu untuk membincang­kan situasi...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia