Utusan Borneo (Sabah)

Banjir besar landa selatan Jepun, dua maut, 18 hilang

-

ASAKURA: Sekurangku­rangnya dua individu terkorban dan 18 lagi hilang dalam banjir besar-besaran yang berlaku di selatan Jepun, dan pihak berkuasa memberi amaran kepada ratusan ribu penduduk untuk meninggalk­an kawasan tersebut.

Hujan lebat luar biasa menyebabka­nsungaimel­impahi tebingan, merosakkan jalan dan rumah, selain memusnahka­n sekolah.

Ribuan askar dan penyelamat lain bergegas semalam untuk sampai kepada mereka yang terputus hubungan di-sebabkan oleh air banjir yang deras atau diancam tanah runtuh, manakala peramal keadaan cuaca memberi amaran tentang cuaca yang lebih buruk.

“Kita berada dalam situasi yang amat serius,” kata Timbalan Perdana Menteri Taro Aso, yang memberi amaran tentang bahaya daripada lereng bukit yang runtuh dan menambah “ramai orang masih hilang”.

Hujan setebal 50 sentimeter lebih membasahi beberapa bahagian di Kyushu, pulau paling selatan di antara empat pulau utama Jepun, dalam tempoh 12 jam kelmarin, kata agensi meteorolog­i.

Hujan lebat kemungkina­n besar akan terus turun sehingga hari ini (Jumaat), kata agensi itu tatkala wilayah berkenaan bergelut dengan kemusnahan yang disebabkan oleh taufan yang melanda negara itu pada minggu ini.

Pihak berkuasa menarik balik amaran hujan lebat “khas” bagi daerah-daerah yang paling teruk terjejas di Fukuoka dan Oita, tetapi amaran lebih kecil masih dikekalkan.

Jepun mengerahka­n 7,500 anggota polis, kakitangan penyelamat dan anggota tentera ke kawasan yang terjejas di Kyushu, kata Ketua Setiausaha Kabinet Yoshihide Suga.

“Banyak maklumat diterima mengenai orang yang tidak dapat dikesan,” katanya pada satu sidang akhbar, tetapi enggan mengesahka­n jumlah orang yang hilang.

Mereka termasuk seorang kanak-kanak yang dilaporkan dihanyutka­n oleh sebatang sungai dalam banjir kilat dan sepasang suami isteri tidak kelihatan lagi sejak rumah mereka dihanyutka­n.

Seorang lelaki dijumpai mati di bandar Asakura dalam daerah Fukuoka, badan penyiaran awam NHK dan Jiji Press melaporkan, yang memetik sumber polis.

Pegawai tempatan berkata pada keseluruha­nnya, mereka tahu mengenai 18 yang hilang dalam daerah-daerah Fukuoka dan Oita.

Seorang pegawai di Hita, dalam daerah Oita, berkata satu kejadian tanah runtuh mencederak­an tiga orang, seorang dengan parah.

Rakaman televisyen menunjukka­n ombak dari sungai yang melimpah membadai kawasan perumahan, merosakkan jalan dan menenggela­mi tanah pertanian.

Asakura adalah antara bandar paling teruk terjejas dengan rakaman yang me-nunjukkan air banjir mengalir deras menerusi lebuh raya.

“Anak perempuan dan anak lelaki saya masih di rumah, dan tidak dapat keluar,” kata seorang wanita pertengaha­n umur yang keletihan di sebuah pusat perlindung­an di Asakura kepada NHK.

Sebatang jambatan kereta api dimusnahka­n oleh Sungai Kagetsu yang mengalir deras, dan mengganggu perkhidmat­an kereta api, kata seorang jurucakap syarikat kereta api.

Beberapa landasan kereta api lain juga terpaksa menangguhk­an atau menghentik­an operasi disebabkan oleh hujan lebat, manakala pegawai tempatan membatalka­n kelas di sekolahsek­olah rendah dan menengah. — AFP

 ?? Gambar AFP ?? GAMBAR serahan Jiji Press menunjukka­n tentera Jepun mengangkat seorang lelaki tua ketika mereka membantu penduduk setempat berpindah dari kawasan dilanda banjir besar di Asakura, daerah Fukuoka di selatan Jepun semalam. —
Gambar AFP GAMBAR serahan Jiji Press menunjukka­n tentera Jepun mengangkat seorang lelaki tua ketika mereka membantu penduduk setempat berpindah dari kawasan dilanda banjir besar di Asakura, daerah Fukuoka di selatan Jepun semalam. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia