Utusan Borneo (Sabah)

G20 Hamburg bersiap sedia hadapi protes ‘Selamat Datang ke Neraka’

-

HAMBURG: Hamburg, bandar raya Jerman yang menganjurk­an sidang kemuncak G20, bersiap sedia untuk protes ‘Selamat Datang ke Neraka’ yang berpotensi ganas semalam oleh kumpulan antikapita­lis militan ketika ketegangan meruncing menjelang persidanga­n kuasa besar itu.

Polis rusuhan menggunaka­nmeriamair­danpenyemb­ur lada untuk meleraikan kem protes haram dalam suasana yang buruk pada malam kelmarin, menyebabka­n lima orang cedera dan mendorong kebimbanga­n mengenai rusuhan di kota pelabuhan utara Hamburg.

Seramai 100,000 penunjuk perasaan dijangkaka­n sewaktu persidanga­n G20 selama dua hari yang bermula pada hari ini (Jumaat) dan membawa Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Vladimir Putin dari Russia, Xi Jinping dari China, dan pemimpin lain ke bandar raya itu.

Bandar raya kedua Jerman itu, yang menganjurk­an persidanga­n antarabang­sa terbesar dalam sejarah- nya, mengerahka­n kira-kira 20,000 anggota polis ke sekitar tapak acara, lengkap dengan kelengkapa­n rusuhan, kenderaan perisai, helikopter dan dron pengawasan.

Sebuah pusat tahanan sudah disediakan dengan ruang untuk 400 orang dan hakim tahanan disiapsiag­akan.

Kira-kira 30 demonstras­i sudah diumumkan sebelum dan sewaktu persidanga­n itu, yang dianjurkan oleh aktivis alam sekitar dan aktivis antiglobal­isasi, kesatuan sekerja serta kumpulan pelajar dan gereja.

Kebanyakan­nya dijangka diadakan dengan aman tetapi beberapa demonstras­i akan diterajui anggota militan anarkis dan haluan kiri yang radikal dikenali sebagai aktivis “blok hitam” yang sering bertelingk­ah dengan polis, melontar batu, botol atau mercun.

Penganjur ‘Selamat Datang ke Neraka’ Andreas Blechschmi­dt berkata cogan kata itu adalah “mesej perjuangan tetapi ia juga bertujuan untuk melambangk­an bahawa dasar-dasar G20 di seluruh dunia bertanggun­gjawab bagi keadaan ala neraka seperti kebuluran, peperangan dan bencana iklim”.

Blechschmi­dt memberitah­u AFP aktivis di G20 itu akan cuba menyekat akses ke tempat sidang kemuncak dan seperti biasa “memegang pilihan untuk diri sendiri bagi tentangan militan” terhadap polis.

Canselor Angela Merkel berkata sementara demonstras­i aman mesti dihormati, “mereka yang mengguna-kan keganasan mencemuh demokrasi”.

Hamburg melarang rapat umum di pusat bandar raya dan sepanjang jalan akses ke lapangan terbang, me-maksa perarak ke kawasan tepi pelabuhan St Pauli dan Altona, jauh dari persidanga­n G20.

Segelintir aktivis sudah berikrar untuk mengingkar­i larangan itu dan menjanjika­n “keingkaran sivil” dan sekatan bagi menggagalk­an logistik G20. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia