Utusan Borneo (Sabah)

Polis Turki tahan pengarah dan aktivis lain: Amnesty

-

ISTANBUL: Organisasi hak asasi manusia Amnesty Internatio­nal semalam berkata polis Turki telah menahan pengarahny­a di Turki dan aktivis lain, dan menuntut pembebasan mereka dengan segera.

Idil Eser, Pengarah Amnesty Internatio­nal Turkey, ditahan kelmarin bersama aktivis dan pengajar sewaktu “bengkel keselamata­n digital dan pengurusan maklumat” di Buyukada,salahsebua­hpulaudi Kepulauan Princes di perairan Istanbul, kata Amnesty dalam satu kenyataan.

Akhbar harian Hurriyet berkata seramai 12 orang telah ditangkap dalam serbuan polis ke atas sebuah hotel di Buyukada, sebuah tempat bercuti yang popular di kalangan penduduk Istanbul.

Tiada kenyataan segera diterima daripada polis atau tuduhan yang dibuat terhadap aktivis hak asasi manusia terbabit.

“Kami amat resah dan marah kerana beberapa pembela hak asasi manusia terkemuka di Turki, termasuk Pengarah Amnesty Internatio­nal Turki, telah ditahan sesuka hati tanpa sebab,” kata Salil Shetty, Setiausaha Agung Amnesty Internatio­nal.

Beliau berkata mereka mesti “dibebaskan segera dan tanpa syarat”. Lokasi mereka yang ditahan tidak diketahui buat semasa sekarang.

Penahanan itu dibuat tidak sampai sebulan selepas pengerusi Amnesty Internatio­nal di Turki, Taner Kilic, ditahan reman atas apa yang disebut oleh kumpulan itu sebagai “tuduhan tidak ber-asas” iaitu ada hubungan dengan orang yang didakwa mendalangi kudeta yang gagal pada 15 Julai tahun lepas, Fethullah Gulen.

Turki masih di bawah keadaan darurat yang dilaksanak­an ekoran kudeta yang gagal pada 15 Julai 2016 untuk mengguling­kan Presiden Recep Tayyip Erdogan. Gulen menafikan sebarang pembabitan.

Pengkritik berkata darurat itu telah digunakan untuk menangkap bukan hanya orang yang didakwa merancang kudeta itu tetapi sesiapa sahaja yang berani menentang presiden tersebut.

Pegawai Turki menegaskan semua tindakan diambil menurut lunas-lunas undangunda­ng.

Amnesty berkata tujuh aktivis lain yang ditahan termasuk Ilknur Ustun dari Perikatan Wanita, peguam Gunal Kursun dan Veli Acu dari Persatuan Agenda Hak Asasi Manusia.

Dua pengajar asing bagi bengkel berkenaan – seorang warga Jerman dan seorang warga Sweden – serta pemilik hotel turut ditahan dalam serbuan itu, ujarnya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia