Utusan Borneo (Sabah)

Duterte ulangi ugutan makan Abu Sayyaf hidup-hidup

-

MANILA: Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengugut untuk memakan hiduphidup anggota militan Islam yang mendalangi penculikan dan pemenggala­n dua kelasi Vietnam dalam reaksi yang berang kepada pembunuhan tersebut.

Mayat dua tebusan terbabit, yang diculik bersama empat anggota kru lain dari sebuah kapal kargo Vietnam pada November tahun lepas, dijumpai di perairan wilayah selatan Mindanao oleh anggota tentera Filipina kelmarin.

Pihak tentera mengaitkan pembunuhan itu dengan kumpulan culik-untuk-wang tebusan yang kejam Abu Sayyaf yang mempunyai kubu kuat di kawasan kejadian, dan diketahui memenggal kepala tebusannya jika wang tebusan tidak dibayar.

“Saya akan makan hati anda jika anda mahu saya berbuat demikian. Beri garam dan cuka kepada saya dan saya akan memakannya di hadapan anda,” kata Duterte dalam satu ucapan di hadapan pegawai tempatan lewat kelmarin.

“Saya makan segalanya. Saya tidak cerewet. Malah saya makan apa yang tidak dapat ditelan.”

Duterte, yang menunjukka­n telefon bimbit dengan gambar kelasi Vietnam yang dibunuh, dengan marah menyumpah puak militan terbabit.

“Adakah kita akan membiarkan diri kita diperhamba­kan oleh orang-orang ini? Anak pelacur.”

Duterte, 72, mengarahka­n operasi ketenteraa­n terhadap kumpulan Abu Sayyaf dan puak militan lain di selatan Filipina pada tahun lepas.

Abu Sayyaf, yang asalnya satu rangkaian militan yang longgar dan ditubuhkan pada zaman 1990-an dengan wang permulaan daripada rangkaian Al-Qaeda pimpinan Osama Laden, sudah berpecah menjadi puak-puak, dan ada yang masih menjalanka­n rompakan dan penculikan.

Satu puak menjanjika­n taat setia kepada kumpulan Negara Islam (IS), dan menyertai puak militan yang menentang pasukan keselamata­n sejak hujung Mei lalu di Marawi, kota Islam paling penting di negara majoriti Katolik itu.

Puak militan masih mendudukib­eberapabah­agian di kota selatan itu walaupun operasi ketenteraa­n yang disokong oleh Amerika Syarikat di sana sudah meragut lebih 460 nyawa dan menyebabka­n hampir 400,000 kehilangan tempat tinggal.

Duterte sering menggunaka­n bahasa ekstrem, khususnyaa­pabilaberc­akapmengen­ai puak militan Islam.

Pada tahun lepas, pemimpin itu berkata beliau akan memakan anggota militan Abu Sayyaf hiduphidup ketika beliau berjanji untuk membalas dendam ekoran satu serangan bom di Davao, kota asalnya di selatan, yang meragut 15 nyawa. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia