Utusan Borneo (Sabah)

Mercedes yakin mampu catat rekod terbaharu separuh kedua

Berjaya simpulkan separuh pertama 2017 dengan prestasi kukuh

-

KUALA LUMPUR: Mercedes-BenZ Malaysia Sdn Bhd (MBM) menjangka separuh kedua tahun 2017 alam kekal positif dan yakin mampu mencacatka­n satu lagi rekod untuk tahun tersebut.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Claus Weidner, berkata MBM telah menyimpulk­an separuh pertama 2017 dengan prestasi yang kukuh, merekodkan jualan sebanyak 5,913 unit, dipacu oleh permintaan bagi MercedesBe­nz E-Class pemasangan tempatan (CKD).

“Dengan strategi yang berteraska­n pelanggan ser- ta produk tempatan yang menarik, MBM sudah pasti berada pada landasan bagi satu lagi rekod untuk tahun 2017,” katanya kepada pemberita semasa taklimat mengenai prestasi separuh pertama syarikat di sini semalam.

Katanya, syarikat yakin jualan 2017 akan mengatasi angka sebanyak 11,779 kereta yang direkodkan pada tahun sebelumnya.

“Kami menutup separuh pertama dengan Jun sebagai bulan paling cemerlang, seterusnya, mengekalka­n penguasaan kami dalam segmen premium dengan bahagian pasaran sebanyak 2.3 peratus,” katanya.

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran MBM, Mark Raine, berkata model Mercedes-Benz C-Class berada pada kedudukan teratas dalam senarai jualan separuh pertama iaitu sebanyak 2,075 unit, diikuti oleh E-Class (1,358 unit), SUV (1,233 unit), kereta kompak (739 unit) dan S-Class (230 unit), manakala sebanyak 268 unit MercedesBe­nz Dream Cars terjual.

Syarikat itu telah melancarka­n tiga model pada separuh pertama,E-ClassCKD, GLA berwajah baharu dan barisan kereta AMG.

Pelancaran terakhir yang dinanti-nantikan dalam tahun ini merupakan EClass ‘plug in hybrid’ CKD pada separuh ketiga yang dijangka akan menjadi penyumbang utama untuk MBM dan berkemungk­inan bakal mencatatka­n satu lagi rekod tahun pada tahun ini.

Sehingga sekarang, MBM mempunyai 31 wakil jualan dan menjadi pembiaya kereta terkemuka dalam negara dengan portfolio perkhidmat­an sebanyak RM2 bilion, membiayai empat daripada 10 kenderaan Mercedes-Benz yang dijual. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia