Utusan Borneo (Sabah)

QBE Malaysia yakin capai pertumbuha­n dua angka

-

SUBANG JAYA: QBE Insurance (M) Bhd menjangka akan terus berkembang­melebihi purata industri pada tahun ini, bersamaan dengan kadar pertumbuha­n tahunan terkumpul (CAGR) sebanyak 16 peratus yang dicapai dalam tempoh lima tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif, Leo Zanolini berkata syarikat berkembang dengan kedudukan kewangan yang baik dan meraih bahagian pasaran dalam bidang insurans am termasuk insurans liabiliti, insurans marin,insuranske­juruteraan, selain insurans hartanah.

“Walaupun insurans konvension­al Malaysia mengalami penguncupa­n pada suku pertama tahun ini, QBE Malaysia menunjukka­n pertumbuha­n yang positif dengan kedudukan kewangan yang baik,”katanya pada taklimat media mengenai laporan “The RIsk of Regret” QBE di sini kelmarin.

Laporan itu berdasarka­n kepada temu bual dengan kira-kira 300 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat besar di Malaysia yang dijalankan pada April dan Mei tahun ini.

Zanolini berkata syarikat itu merupakan antara peneraju dalam premium pulangan bersih dalam pembinaan dan kejurutera­an, marin dan liabiliti berikutans­yarikat lebih ke arah pelanggan korporat dan khusus tetapi mempunyai bahagian yang lebih kecil dalam segmen insurans am lain.

Portfolio liabiliti syarikat, kira-kira 15 peratus, dijangka berkembang pesat, katanya.

Beliau berkata insurans liabiliti, yang merupakan sebahagian daripada insurans am, adalah produk pelengkap yang boleh melindungi perniagaan selain daripada yang dilindungi di bawah perlindung­an perniagaan am seperti insurans bangunan, kenderaan dan kesihatan.

Insurans liabiliti dapat memberi perlindung­an penuh supayasyar­ikat mempunyai perlindung­an dan jaringan keselamata­n yang mencukupi, katanya.

Dalamtakli­matbeliau, Zanolini berkata dapatanmen­unjukkan jurang kesedaran dan penggunaan insurans perniagaan am dan insurans liabiliti perniagaan apabila hampir semua (96 peratus) mempunyai bentuk insurans perniagaan termasuk kemalangan am, dan perlindung­an pampasan pekerja tetapi kesedaran dan pengambila­n insurans liabiliti jauh lebih rendah.

Beliau menjelaska­n kurang daripada separuh (45 peratus) daripada PKS Malaysia dan syarikat besar mempunyai perlindung­an liabiliti perniagaan dan 64 peratus menyedari mengenainy­a, manakala kesedaran adalah rendah bagi insurans liabiliti awam (31 peratus) dan insurans indemniti profesiona­l (27 peratus).

Dalam tempoh 12 bulan lepas, laporan menunjukka­n risiko yang paling kerap dihadapi oleh syarikat Malaysiaad­alah termasuk isu pematuhan undang-undang dan pengawalse­liaan, kehilangan pendapatan disebabkan gangguan perniagaan, pekerja cedera semasa bekerja, kerosakan atau kehilangan inventori, peralatan rosak dan liabiliti awam atau pihak ketiga disebabkan masalah produk dan perkhidmat­an.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia