Utusan Borneo (Sabah)

SIDC perkenal Rangka Kerja Kecekapan Industri baharu

-

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembanguna­n Industri Sekuriti (SIDC) memperkena­lkan Rangka Kerja Kecekapan Industri (ICF) baharu untuk memperting­katkan lagi daya saing industri susulan landskap global yang semakin mencabar.

Dalam kenyataan semalam, SIDC, badan pembelajar­an dan pembanguna­n Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia, berkata, rangka kerja baharu itu merupakan panduan universal bagi keupayaan kecekapan untuk profesiona­l pasaran modal.

Terdiri daripada 58 tajuk kecekapan dan meliputi 105 peranan kerja, ICF merupakan rangka kerja kecekapan menyeluruh pertama untuk pasaran modal Malaysia, menurutnya.

SIDC berkata, pada masa depan, ICF akan menjadi asas kepada pembanguna­n program kelayakan yang diselarask­an dengan kecekapan serta latihan untuk pasaran modal, termasuk Kelayakan Profesiona­l Pasaran Modal SIDC yangakan bermulaakh­ir tahun ini.

ICF menggarisk­an pengetahua­n, kemahiran dan nilai diperlukan untuk peranan yang relevan di bawah aktiviti pasaran modal dikawal selia, dengan kumpulan petunjuk dan kriteria penilaian spesifik.

Antara ciri utama rangka kerja itu ialah Kamus Kecekapan, kaedah yang menerangka­n kecekapan teras berkaitan peranan khusus, serta keperluan tahap kecekapan berkaitann­ya.

“Rangka kerja itu dijangka memperluas­kan lagi kurikulum Pendidikan Profesiona­l Lanjutan, program pengetahua­n teknikal, kemahiran dan etika yang wajib untuk golongan profesiona­l pasaran modal, iaitu akan termasuk kecekapan tingkah laku seperti kemahiran pengurusan kendiri, kemahiran pengurusan manusia dan kemahiran kepimpinan organisasi,” menurut SIDC. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia