Utusan Borneo (Sabah)

Raymond tetamu khas Persidanga­n Meja bulat CEO Shareda

-

KOTA KINABALU: Rombongan Persatuan Perumahan dan Hartanah Sabah (Shareda) diketuai Presiden Chew Sang Hai telah mengadakan kunjungan hormatkeat­asTimbalan­Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Raymond Tan Shu Kiah, di pejabat menteri itu pada Khamis.

Turut hadir, Timbalan Presiden Shareda merangkap pengerusi penganjur persidanga­n Datuk Sr Chua Soon Ping, Naib Presiden Shareda Wesley Chai Meng Kong serta ahli jawatankua­sa Emily Chew, Nick Chu dan Salina Abdullah.

Kunjungan hormat itu bertujuan memberi taklimat mengenai penganjura­n persidanga­n meja bulat CEO Shareda yang akan datang kepada Raymond dan menjemput beliau sebagai tetamu khas.

Menurut Chew, Shareda telah menjemput Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman sebagai tetamu kehormat untuk merasmikan Persidanga­n Meja Bulat CEO Shareda, yang dijadualka­n akan diadakan pada 10 Ogos di Magellan Sutera Harbour and Resort, Kota Kinabalu.

Persidanga­nsehariitu­adalah sebagai landasan kepada CEO dan eksekutif korporat untuk memperoleh serta berkongsi pengetahua­n dan maklumat tentang cara menghadapi cabaran baharu yang dibawa oleh revolusi perindustr­ian, memberi tumpuan kepada keperluan untuk beralih dari cara tradisiona­l menjalanka­n perniagaan untuk digitalisa­si, dan daripada mengendali­kan pembiayaan untuk isu pemasaran.

Sementara itu, Raymond memuji Shareda kerana mengambil inisiatif untuk menganjurk­an Persidanga­n Meja Bulat CEO yang penting dan tepat pada masanya untuk perniagaan, yang mendapat pendedahan kesan revolusi perindustr­ian dan meneroka strategi yang sesuai untuk meningkatk­an pembanguna­n industri hartanah di negeri ini.

 ??  ?? RAYMOND (tengah) bergambar kenangan bersama Chew, Wesley dan AJK persatuan itu.
RAYMOND (tengah) bergambar kenangan bersama Chew, Wesley dan AJK persatuan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia