Utusan Borneo (Sabah)

Unit Bina Puri catat kejayaan besar penyenarai­an di IDX

GLC pertama disenarai di Bursa Saham Indonesia

-

“Syarikat

itu berbangga menjadi syarikat bukan GLC pertama dari Malaysia yang berjaya disenarai di IDX dan pengeluar kuasa elektrik bebas kedua yang disenaraik­an di sini (IDX). DATUK MATTHEW TEE Pengarah MPOW dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Bina Puri

KUALA LUMPUR: Unit Bina Puri Holdings Bhd, PT Megapower Makmur (MPOW), mencatat kejayaan cemerlang dalam penyenarai­annya di Bursa Saham Indonesia (IDX) kelmarin, dengan harga pembukaan sebanyak Rp 340 (RM0.11), atau 70 peratus lebih tinggi daripada harga penawaran pada Rp 200 sesaham.

Dalam satu kenyataan semalam, Bina Puri berkata unit itu, pengeluar elektrik bebas, menyenarai­kan 245 juta saham (30 peratus) menggunaka­n kod MPOW.

Ini merupakan syarikat bukan kerajaan (GLC) pertama yang berjaya disenarai di Bursa Saham Indonesia (IDX), Bursa Efek Indonesia, kata Bina Puri.

Pengarah MPOW dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Bina Puri, Datuk Matthew Tee berkata syarikat itu berbangga menjadi syarikat bukan GLC pertama dari Malaysia yang berjaya disenarai di IDX dan pengeluar kuasa elektrik bebas kedua yang disenaraik­an di sini (IDX).

Syarikat itu memperoleh Rp 49 bilion, separuh daripadany­a akan digunakan untuk membayar hutang syarikat kepada pemegang saham dan sebahagian lagi untuk pengembang­an syarikat,” katanya.

Tahun ini, kami menyediaka­n satu atau dua lesen serta kajian ke atas sebuah loji mini hidro di Sulawesi Selatan dengan kapasiti kira-kira 10 megawatt. Diharapkan dalam tempoh tiga hingga enam bulan, kami dapat memperoleh anggaran sebenar.

“Pada masa ini, MPOW mengendali­kan lapan loji jana kuasa diesel dengan kapasiti 54 megawatt di lapan lokasi di seluruh Indonesia serta loji hidro mini di Sulawesi Selatan,” katanya.

Tee berkata dengan kapasiti tambahan sebanyak 4.2 megawatt dari loji mini hidro yang beroperasi sejak tahun lepas kepada lapan loji jana kuasa diesel syarikat, keluaran keseluruha­nnya boleh mencapai kira-kira 59 megawatt.

PT Megapower Makmur ditubuhkan pada 2007. Ia mengendali­kan loji hidroelekt­rik dan diesel di Indonesia.

Syarikat itu memulakan operasi komersial pada 2010, apabila ia memperoleh kontrak dari syarikat elektrik milik negara Indonesia, Perusahaan Listrik Negara, di Pulau Bangka Belitung, Indonesia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia