Utusan Borneo (Sabah)

Beri apa sahaja bantuan tangani rabies

-

KUCHING:Kerajaan negeri akan memberi sebarang bentuk bantuan diperlukan kepada Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) bagi menangani penularan penyakit rabies atau anjing gila di Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata kerajaan negeri memperuntu­kkan RM100,000 bagi mendapatka­n 20,000 dos suntikan vaksin rabies untuk memvaksin anjing dan kucing khususnya di kawasan-kawasan disyaki dijangkiti wabak berkenaan.

“Kerajaan negeri akan memberi apa jua bentuk bantuan yang termampu kepada Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri terutama dari segi pemvaksina­n haiwan (anjing dan kucing).

“(Setakat ini) kita telah membelanja­kan RM100,000,” katanya apabila diminta mengulas mengenai penularan wabak rabies di negeri ini.

Abang Johari dalam pada itu berkata ketika ini belum ada keperluan untuk mengisytih­arkan darurat kerana penularan wabak itu hanya melibatkan kawasan tertentu di daerah Serian.

Bagaimanap­un ujarnya, sebarang tindakan susulan yang akan diambil kerajaan negeriberh­ubungjangk­itan rabies bergantung kepada cadangan dan nasihat JPBN, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Jabatan Veterinar Sarawak (JVS).

“Saya serahkan kepada JPBN di bawah (Timbalan Ketua Menteri) Datuk Amar Douglas Uggah Embas untuk memberi cadangan mengenai langkah selanjutny­a yang perlu diambil termasuk melibatkan pihak berkuasa tempatan di negeri ini.

“Saya yakin JPBN tahu apa yang perlu dilakukan dan mereka akan memberi khidmat nasihat kepadda kerajaan negeri. “Malah JPBN mencadangk­an beberapa inisiatif untuk dilaksanak­an,” jelasnya.

Pada hujung Jun lepas, Sarawak dikejutkan dengan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahka­n tiga kanakkanak dijangkiti virus rabies.

Dua daripada anak-kanak berkenaan ialah Monica Mazlan, 6, Jackson Mazlan, 4 dari Kampung Paon Sungai Rimu Bakung Serian meninggal dunia kelmarin setelah bertarung nyawa.

Manakala kes ketiga, seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun dari Kampung Lebor, Serian masih dalam keadaan kritikal.

Berikutan insiden itu, kerajaan negeri menerusi JPBN, JKN dan JVS melancarka­n operasi menyuntik vaksin kepada semua anjing dan kucing di lima kampung iaitu Kampung Paon Sungai Rimu, Kampung Paon Singai Rimu Bakung, Kampung Kerait, Kampung Remun dan Kampun Lebur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia