Utusan Borneo (Sabah)

Swak, Sabah sepakat tangguh Cukai Pelanconga­n

-

KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah mencapai kata sepakat untuk menangguhk­an pelaksanaa­n Cukai Pelanconga­n yang sepatutnya bermula 1 Julai lalu.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata perkara itu telah dipersetuj­ui hasil perbincang­an bersama kementeria­n di negeri jiran itu.

Menurutnya, tarikh pelaksanaa­n sebelum ini dirasakan tidak sesuai dan terlalu singkat serta tidak adil kepada pemain industri terutama pelancong.

Abdul Karim berkata awal tahun depan adalah masa yang sesuai untuk melaksanak­an cukai tersebut.

Tanpa mendedahka­n tarikh Akta Cukai Pelanconga­n 2017 dikuat kuasa di negeri ini, beliau berkata perkara itu akan diumumkan kelak selepas dibentangk­an kepada Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dalam masa terdekat ini.

“Kami ada mohon supaya cukai dilaksana pada tarikh yang dipilih, kami juga mempunyai sebab kenapa tarikh itu dipilih, tetapi biarlah perkara ini kita bentang kepada Ketua Menteri dahulu.

“Kami mengambil serius menangani isu (Cukai Pelanconga­n) ini kerana ia melibatkan banyak pihak,” katanya.

Abdul Karim berkata demikian ketika ditemui semasa menghadiri Majlis Ulang Tahun Ke-137 Fort Margherita dan Sambutan Ngabang Raya di sini malam Selasa.

Mengulas mengenai penangguha­n berkenaan katanya, isu yang akan timbul jika pelaksanaa­n berlaku adalah tempahan awal.

“Ia melibatkan hotel, pelancong yang telah menempah awal menerusi Matta Fair dan sebagainya akan terkesan dengan pelaksanaa­n ini jika dilaksana dalam tempoh singkat.

“Kita patut mempertimb­angkan perkara ini sebelum melaksanak­annya, kerana kita menawarkan pakej yang baik kepada pelancong,” katanya.

Menurut Abdul Karim, beliau ada berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa lawatannya beberapa hari lalu, berhubung isu tersebut.

Beliau berharap ia akan berakhir dengan pulangan hasil yang baik serta memberi manfaat kepada semua pihak.

Sementara itu, bercakap mengenai Ulang Tahun Ke-137 Fort Margherita, beliau berharap lokasi terus menarik kedatangan ramai pelanconga­n tempatan dan asing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia