Utusan Borneo (Sabah)

Tingkat kerjasama dengan kerajaan pusat dan Brunei

-

LIMBANG: Sarawak terus meningkatk­an hubungan dua hala dan kerjasama dengan kerajaan pusat dan Brunei dalam mewujudkan peluang ekonomi sekali gus menjana pembanguna­n menyeluruh di negeri ini.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata melalui kerjasama itu kerajaan dapat memikirkan pembanguna­n lebih besar dengan rancangan lebih luas untuk dilaksanak­an di Sarawak.

“Tumpuan akan diberikan untuk melaksana pembanguna­n menyeluruh di Sarawak melalui kerjasama antara Sarawak, Brunei dan kerajaan pusat,” katanya pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri di Dewan Suarah Limbang pada Rabu.

Tun Taib turut optimis pembanguna­n yang dirancang mampu memberi peluang pekerjaan dan melahirkan tenaga mahir berpendidi­kan untuk memenuhi sektor pekerjaan yang ditawarkan.

“Kita yakin Sarawak akan melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang berpendidi­kan tinggi untuk memenuhi keperluan pekerjaan di negeri ini,” katanya lagi.

Terdahulu Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata Bandar Baharu Limbang (BBL) akan dibangunka­n sebagai Pusat Pentadbira­n Negeri dan Persekutua­n.

Katanya Kompleks Pentadbira­n Negeri akan dibangunka­n di BBL selain kemudahan poliklinik, mahkamah dan prasarana lain.

Pada masa ini katanya, Ibu Pejabat Polis Daerah Limbang dan Masjid Janatul Firdaus sudah dibina di kawasan itu.

Mengulas mengenai laluan Lebuh Raya Pan Borneo, katanya laluan itu akan melibatkan laluan untuk projek Jambatan Kedua Sungai Limbang yang dijangka akan memberi impak yang lebih baik khususnya untuk menghidupk­an Bandar Baharu Limbang dan Ranggau Valley berbanding laluan lama yang dipersetuj­ui sebelum ini.

 ??  ?? MARIA (kiri), Paulus, Naroden, Hasbi, Dr Abdul Rahman, Awang Tengah, Tun Taib, Toh Puan Ragad, Morliah dan yang lain bersama-sama memotong kek.
MARIA (kiri), Paulus, Naroden, Hasbi, Dr Abdul Rahman, Awang Tengah, Tun Taib, Toh Puan Ragad, Morliah dan yang lain bersama-sama memotong kek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia