Utusan Borneo (Sabah)

Waspada epal dari tapak pelupusan sampah

Jangan beli atau dapatkan epal yang dijual pada harga lebih murah

-

BINTULU: Orang ramai dinasihati tidak membeli atau mendapatka­n bekalan buah epal daripada individu atau peniaga yang menjual buah berkenaan pada harga lebih murah berbanding harga pasaran kerana dikhuatiri daripada sumber tapak pelupusan sampah.

Ketua Penguatkua­saan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Cawangan Bintulu Salihin Den berkata demikian ekoran tersebar beberapa gambar orang ramai berpusu-pusu mengambil longgokan epal di sebuah tapak pelupusan pada Selasa lalu.

Katanya, gambar itu tersiar dalam laman sosial Facebook milik seorang individu.

“Justeru buah epal yang disifatkan tidak selamat untuk dimakan itu tidak harus diambil sama ada untuk dimakan atau dijual kerana dikhuatiri akan mengancam kesihatan,’’ tegasnya.

Oleh sebab itulah ujarnya, buah epal terbabit dibuang ke tapak pelupusan sampah kerana ia tidak menepati standard keselamata­n yang ditetap pihak bertanggun­gjawab mengendali tahap kualiti epal itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sejurus selesainya operasi pemeriksaa­n yang dijalankan di sekitar kawasan Pasar Utama Bintulu (PUB) serta beberapa premis sekitarnya, pagi Rabu.

Jelasnya, melalui pemeriksaa­ndijalanka­ndisetiap premis terutama yang menjual buah-buahan mendapati semua peniaga menjual buah epal segar dan selamat dimakan serta tiada yang menjual epal tidak menepati standard keselamata­n itu.

“Kami akan terus menjalanka­n pemantauan rapi dari semasa ke semasa memastikan bekalan epal tidak dijual atau dipasarkan di premis niaga sekitar Bintulu,’’ ujarnya.

Beliau memberi amaran bahawa sekiranya ditangkap, seseorang pesalah boleh disabit kesalahan di bawah Akta Perlindung­an Pengguna 1999 yang boleh didenda RM50,000 atau dipenjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

 ??  ?? SALIHIN (dua dari kanan) dan Soo bersama-sama pegawai penguatkua­sa KPDNKK Cawangan Bintulu dan yang lain ketika melakukan pemeriksaa­n terhadap peniaga buahbuahan di sekitar PUB.
SALIHIN (dua dari kanan) dan Soo bersama-sama pegawai penguatkua­sa KPDNKK Cawangan Bintulu dan yang lain ketika melakukan pemeriksaa­n terhadap peniaga buahbuahan di sekitar PUB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia