Utusan Borneo (Sabah)

DBKU tubuh Pusat Khidmat 24 Jam

-

KUCHING: Bagi menyelaras­kan perkhidmat­annya secara berpusat selain menerima aduan bersepadu, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menubuhkan Pusat Khidmat 24 Jam DBKU.

DBKUadalah­pihakberku­asa tempatan tunggal di Sarawak sehingga kini mempunyai perkhidmat­an sedemikian, yang memberi perkhidama­t 24 jam seminggu.

Ketua Bahagian Pembanguna­n dan Perkhidmat­an Komuniti DBKU Rudzaimeir Malek ketika taklimat kepada media mendedahka­n, orang awam boleh menghubung­i pusat khidmat berkenaan melalui Hotline DBKU iaitu 082446644 dan pegawai bertugas akan terus ke tempat kejadian memberi bantuan.

Jelasnya ia termasuk kejadian tanah runtuh, kebakaran serta kemalangan jalan raya di kawasan DBKU.

“Semua maklum balas yang diterima akan disalurkan segera ke bahagian-bahagian untuk tindakan susulan dan penyelesai­an.

“Bagi maklum balas kecemasan, Pasukan DBKU Ronda dan DBKU Bantu akan segera ke lokasi untuk melakukan siasatan serta memberi bantuan awal yang diperlukan,” katanya.

Tambah beliau sejak tahun lepas, DBKU mewujudkan satu lagi saluran aduan awam iaitu melalui aplikasi Whatsapp iaitu antara saluran paling popular diterima mereka.

Beliau memberitah­u, sepanjang 2016 sebanyak 2,744 aduan diterima dalam masa 24 jam melalui pelbagai saluran termasuk hotline, Whatsapp selain Tali Khidmat dan sebagainya.

“Jumlah aduan meningkat kepada 12 peratus berbanding tahun 2015, iaitu sebanyak 2,713 aduan. Kita mendapati aduan meningkat selepas talian Whatsapp diperkenal­kan.

“Ia dibuktikan setakat Jun lepas, kami menerima 70 peratus aduan melalui aplikasi berkenaan,” katanya.

Mengulas lanjut, DBKU Ronda bertanggun­gjawab mengenal pasti dan mengambil tindakan awal terhadap permasalah­n serta isu di kawasan pentadbira­n DBKU manakala DBKU Bantu bertindak sebagai pasukan pertama yang akan hadir ke lokasi kejadian kecemasan untuk memberi bantuan awal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia