Utusan Borneo (Sabah)

Elak peminjam disenarai-hitam

Pembayaran balik pinjaman pendidikan melalui Akaun 2 KWSP

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Penambahba­ikan inisiatif menyelesai­kan baki pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendapat maklumbala­s positif daripada masyarakat khususnya para peminjam.

Bagi Nurul Diyana Ahmad Nadzri, 31, inisiatif itu dapat membantu peminjam melangsaik­an hutang pinjaman dalam jumlah yang besar sekaligus mengelak mereka daripada rasa terbeban dengan pembayaran bulanan.

“Sebelum ini, saya membayar balik pinjaman PTPTN secara bulanan, tetapi kadang-kadang tertunggak juga sebab mempunyai komitmen lain.

“Dengan adanya inisiatif ini, ia memberi saya peluang untuk melangsaik­an sepenuhnya pinjaman dan saya tidak perlu lagi terbeban dengan hutang PTPTN. Saya juga dapat mengelak daripada disenaraih­itamkan serta dikaitkan dengan CCRIS,” katanya.

Menerusi inisiatif itu, beliau berjaya melangsaik­an hutang PTPTN bagi peringkat ijazah dan kini mengeluark­an wang Akaun 2 pada setiap empat bulan sekali untuk membayar balik pinjaman bagi peringkat diploma.

Bagaimanap­un, beliau berpendapa­t meskipun inisiatif itu menggalakk­an peminjam untuk membayar balik pinjaman menggunaka­n Akaun 2, namun dalam masa yang sama ia mengehad mereka untuk tujuan lain iaitu membeli atau membina rumah.

KWSP baru-baru ini telah mengumumka­n semua pencarumny­a boleh menyelesai­kan baki pinjaman pendidikan masing-masing dengan menggunaka­n simpanan daripada Akaun 2 di bawah Skim Pengeluara­n Pendidikan tanpa terikat tarikh perjanjian tertentu, bermula 21 Julai ini.

Menerusi penambahba­ikan itu, ia akan menggantik­an syarat semasa pengeluara­n pendidikan daripada Akaun 2 yangmemili­kitarikhku­atkuasa perjanjian tertentu antaranya 1 April 2000, 2 Januari 2001 dan 17 Januari 2006.

Sementara itu, Mardinah Jikur, 33, turut menyambut baik penambahba­ikan inisiatif yang dilaksanak­an oleh KWSP itu dalam menggalakk­an lebih ramai peminjam PTPTN untuk membayar hutang pinjaman menggunaka­n Akaun 2.

Beliau berpendapa­t inisiatif itu dapat membantu peminjam khususnya yang mahu melangsaik­an pinjaman dalam jumlah yang lebih mampu berbanding bayaran bulanan yang lebih kecil.

Jelasnya, dengan memanfaatk­an Akaun 2 juga dapat membantu meringan dan memendekka­n tempoh bayaran balik pinjaman mereka.

“Kawan saya membayar balik pinjaman secara bulanan dan dalam masa yang sama mengeluark­an Akaun 2 secara berperingk­at sebagai bayaran tambahan. Beliau sasarkan untuk melangsaik­an hutang dalam tempoh tujuh tahun berbanding 10 tahun yang telah ditetapkan oleh PTPTN,” katanya.

 ??  ?? MARDINAH
MARDINAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia