Utusan Borneo (Sabah)

Messi setuju kekal bersama Barcelona sehingga 2021

-

BARCELONA, Sepanyol: Lionel Messi (gambar) sudah bersetuju untuk terus kekal di Barcelona sehingga 2021 dalam satu perjanjian yang mengesahka­n bahawa penyerang bintang itu akan menamatkan kerjaya di peringkat tertinggi bola sepak di kelab gergasi bola sepak Sepanyol.

Penyerang antarabang­sa Argentina itu menyertai Barca sebagai pemain remaja, 17 tahun yang lalu dan akan terus kekal di kelab sehingga berusia 34 tahun dalam kontrak baharu, menurut pengumuman Barcelona Rabu lepas, sekali gus menamatkan berbulan-bulan spekulasi mengenai masa depan beliau.

“Perjanjian akan ditandatan­gani dalam beberapa minggu lagi, apabila Messi kembali untuk sesi latihan pramusim kelab,” kata kelab dalam satu kenyataan ketika pemain berusia 30 tahun itu berbulan madu selepas

berkahwin dengan kekasihnya di Argentina.

Messi ada membayangk­an beliau mungkin akan kembali bermain untuk kelab pertama beliau, CA Newell’s Old Boys di bandar kelahirann­ya, Rosario, di masa hadapan.

Tetapi beliau juga berkata keutamaan untuk beliau ialah untuk memenangi lebih banyak kejuaraan bersama Barca, kelab yang disertainy­a ketika berusia 13 tahun.

Tiada perincian kewangan kontrak baharu Messi didedahkan tetapi akhbar sukan harian Sepanyol, Marca, melaporkan Selasa lepas di mana perjanjian mungkin termasuk satu syarat pelepasan kontrak bernilai 300 juta euro.

Di bawah kontrak semasa, yang berakhir pada Jun 2018, Messi menerima gaji 20 juta euro setahun, menurut media Sepanyol – dan ia tidak termasuk jutaan euro pendapatan dari iklan dan bonus prestasi.

Messi menyertai Barcelona pada 2000 apabila beliau berusia 13 tahun di akademi kelab.

“Beliau membuat penampilan sulung bersama Barca pada usia 16 tahun semasa satu perlawanan persahabat­an menentang FC Porto sebelum membuat penampilan sulung kompetetif kelab menentang Espanyol pada usia 17 tahun,” kata kelab dalam satu kenyataan. “Tidak lama selepas itu, beliau menjaringk­an gol senior pertama dengan satu lambungan cantik ketika menentang Albacete di Camp Nou.” Pengumuman kontrak baharu itu dijangka menggembir­akan penyokong dan anggota kelab, yang mempunyai pencapaian yang buruk berdasarka­n standard tinggi kelab.

Barca tersingkir di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara oleh Juventus dan muncul naib juara La Liga Sepanyol di belakang musuh ketat, Real Madrid tetapi mereka ada memenangi kejuaraan Copa del Rey.

Lanjutan kontrak Messi bermakna gandingan “MSN”, termasuk Neymar dan Luis Suarez, akan terus menggempur benteng pertahanan lawan sama ada dalam La Liga dan kejohanan kelab Eropah.

Suarez dan Neymar juga sudah melanjutka­n kontrak mereka sehingga 2021.

Dengan 507 gol dari 583 perlawanan rasmi, Messi adalah penjaring terbanyak kelab dan dianggap pemain terbaik dunia bersama-sama penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia