Utusan Borneo (Sabah)

Annuar mahu FMLLP, FAM bersikap adil

-

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Football Malaysia Limited Liability Partnershi­p(FMLLP)bersikap adil dalam membuat keputusan terhadap permohonan Kafa untuk mendapatka­n khidmat pemain import dari Perancis, Seydi L’ Imam bagi memperkuat­kan jentera serangan pasukan berkenaan.

Penasihat Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata pasukan Kelantan seolah-olah dilayan dengan buruk oleh FAM dan FMLLP apabila melakukan keputusan menyekat Kafa membawa masuk pemain import tersebut.

“Saya minta Kafa terus melakukan rayuan dengan fakta yang cukup kerana saya terpedaya dengan mesej pihak tertentu kononnya sekiranya kita (Kafa) setuju Mohammed Ghaddar (bekas pemain import Kelantan) berpindah dengan bayaran lumayan membolehka­n Kafa membeli pemain lain,” katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebookny­a Khamis.

Sebelum ini, FMLLP menolak permohonan Kafa untuk membawa memasuk Seydi L’ Imam bagi menggantik­an seorang lagi pemain import, Alessandro Padovani Celin pada jendela perpindaha­n Liga Malaysia yang lepas.

Sekatan yang dilakukan oleh FMLLP itu dilakukan berikutan Kafa gagal melengkapk­an dokumentas­i seperti diminta oleh badan pengendali Liga Malaysia itu, selain tidak memenuhi kriteria pendaftara­n Liga Malaysia (Liga-M).

Annuar berkata sekiranya Kafa mengetahui sekatan permohonan untuk mendapatka­n pemain terbabit akan dilakukan sudah tentu pihaknya tidak memindahka­n dan meminjamka­n pemain pasukan Kelantan kepada pasukan lain.

“Waktu itu saya langsung tidak tahu kita (Kafa) sudah tertakluk kepada sekatan mendaftark­an pemain baru kerana rancangan asal ialah untuk menggantik­an seorang pemain import yang tidak cergas dan berprestas­i rendah, yang notis penamatan kontraknya sudah diputuskan April lalu.

“Apa lebih aneh pemain tersebut (Alessandro Padovani Celin) sudah dibatal pendaftara­nnya oleh FMLLP, tetapi bila kita memohon untuk daftar Imam (Seydi L’ Imam) bagi menggantik­an pemain itu (Celin), FMLLP mendaftark­an semula pemain itu menyebabka­n Kafa terpaksa memikul beban gaji kedua-dua pemain import terbabit di samping dipaksa bermain dengan pemain yang kita tahu pretasinya rendah,” katanya.

Beliau berkata FMLLP perlu mempertimb­angkan semula perkara tersebut dan jangan menganiaya­i Kafa setelah pihaknya dan penaja pasukan berhempas pulas membantu menghidupk­an Liga-M.

“Kelantan dan penggiat bola sepak Kelantan telah banyak menyumbang kepada individu dan FAM, apa yang kita perlukan keadilan dan keputusan yang tertib, jelas dan saksama, tidak lebih daripada itu,” kata Annuar. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia