Utusan Borneo (Sabah)

Murray, Nadal dan Venus tepati ramalan awal, Kvitova tersingkir

-

LONDON, England: Andy Murray, Rafael Nadal dan Venus Williams melangkah ke pusingan ketiga kejohanan Wimbledon tetapi bekas juara, Petra Kvitova, tersungkur Rabu lepas.

Williams, Kei Nishikori dan Johanna Konta pula dipaksa berhempas-pulas sebelum meneruskan kemaraan sementara Victoria Azarenka meneruskan kepulangan ke sukan tenis selepas melahirkan anak dengan melangkah ke pusingan ketiga.

Dustin Brown, pemain dari Jerman yang pernah mengejutka­n Nadal di pusingan kedua kejohanan dua tahun yang lalu, bagaimanap­un gagal mengulangi kehebatann­ya apabila tewas mudah 6-3, 6-2 dan 6-2 kepada Murray.

“Sebaik sahaja saya mendahului set pertama, saya merasakan rentak permainan memihak kepada saya. Saya mula bermain dengan lebih baik,” kata Murray.

Dengan kemenangan itu, Murray akan menentang pemain pilihan ke-28, Fabio Fognini dari Itali.

Nadal, pilihan keempat kejohanan dan mencipta rekod memenangi Terbuka Perancis buat kali ke-10 bulan lepas, juga menang selesa dengan menewaskan Donald Young dari Amerika Syarikat (AS) 6-4, 6-2 dan 7-5.

Di pusingan seterusnya, beliau akan bertemu pilihan ke-30 dari Rusia, Karen Khachanov.

“Saya berasa gembira sekarang, ia sememangny­a menarik untuk melangkah ke pusingan ketiga tanpa tewas satu set,” kata Nadal.

Kvitova, juara dua kali kejohanan dan juga antara pilihan untuk muncul juara tahun ini, bagaimanap­un tersingkir awal apabila dikejutkan 6-3, 1-6 dan 6-2 oleh Madison Brengle dari AS.

Kvitova, yang bermain kejohanan Grand Slam kedua beliau selepas pulih dari kecederaan serius dari kejadian pecah rumah, me- merlukan rawatan pada set ketiga.

“Saya sukar bernafas dan saya berasa tidak begitu sihat,” kata pemain pilihan ke-11 dari Republik Czech itu.

Williams diberikan tentangan yang kuat sebelum menewaskan Wang Qiang dari China 4-6, 6-4 dan 6-1.

Williams cuba mengekalka­n fokus dalam gelanggang ketika diselubung­i kemungkina­n tindakan undangunda­ng selepas terlibat dalam satu kemalangan maut.

Dengan kemenangan itu, Williams akan ber- temu dengan Naomi Osaka dari Jepun, yang mengejutka­n pilihan ke-22 dari Czech, Barbora Strycova.

Azarenka, bekas pemain nombor satu dunia, bermain pada kejohanan Grand Slam pertamanya selepas melahirkan anak pada bulan Disember, menewaskan pilihan ke-15 dari Rusia, Elena Vesnina 6-3 dan 6-3.

Beliau berharap untuk menjadi ibu pertama memenangi kejuaraan perseorang­an Wimbledon sejak Evonne Goolagong Cawley pada 1980.

“Ia menarik di mana saya dapat pulang ke rumah dan menghabisk­an masa bersama anak saya,” kata pemain dari Belarus itu. Azarenka akan menentang pemain wildcard tuan rumah, Heather Watson, yang mengejutka­n pilihan ke-18 dari Latvia, Anastasija Sevastova. Seorang lagi pemain tuan rumah, Konta yang juga pilihan keenam, meneruskan kemaraan ke pusingan ketiga buat kali pertama selepas menewaskan Donna Vekic 7-6(8/6), 4-6 dan 10-8. Dengan Konta, Watson, Murray dan Aljaz Bedene mencipta kemenangan, empat pemain tuan rumah melangkah ke pusingan ketiga Wimbledon buat kali pertama sejak 1997. AFP

 ??  ?? MURRAY membalas servis kencang daripada Brown dengan pukulan ‘backhand’ ketika beraksi di Kelab Seluruh England, London Rabu lepas. — Gambar Reuters
MURRAY membalas servis kencang daripada Brown dengan pukulan ‘backhand’ ketika beraksi di Kelab Seluruh England, London Rabu lepas. — Gambar Reuters
 ??  ?? KVITOVA (kiri) bersalam dengan Brenglesel­epas tamat perlawanan di Kelab Seluruh England, London Selasa lepas. — Gambar Reuters
KVITOVA (kiri) bersalam dengan Brenglesel­epas tamat perlawanan di Kelab Seluruh England, London Selasa lepas. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia