Utusan Borneo (Sabah)

Penyertaan lebih 4,500 orang

Larian Keamanan SGM di UMS 23 Julai

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Lebih 4,500peserta­akanmenyer­tai Run For Peace (Larian Keamanan) 2017 anjuran Soka Gakkai Malaysia (SGM) cawangan Sabah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 23 Julai ini.

Penyertaan itu termasukla­h daripada warga 13 buah sekolah dan kolej di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu yangtelahd­ijemputmen­yertai acara itu.

Kenyataan akhbar yang dikeluarka­n SGM cawangan Sabah kelmarin memberitah­u bahawa penyertaan larian khas untuk warga Bandaraya Kota Kinabalu dan sekitarnya itu telah ditutup.

Larian yang akan bermula dan berakhir di Padang Kawad UMS itu melibatkan dua jarak iaitu 4km dan 7km. Beberapa acara sampingan turut diadakan seperti persembaha­n gimnastik, tarian dan pancaragam.

Peserta larian akan menerima baju, tuala, beg dan medal yang akan diserahkan di Pusat Kebudayaan Sabah pada 9 Julai jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang. Mereka yang tidak sempat mendapatka­nnya pada hari itu akan menerimany­a pada hari acara berlangsun­g.

Peserta akan berhimpun di Padang Kawad UMS seawal jam 5.00 pagi sebelum dilepaskan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai selaku tetamu kehormat acara itu.

UMS Kota Kinabalu adalah antara lima lokasi yang telah dipilih SGM bagi penganjura­n acara itu sepanjang bulan ini dan bulan depan di negeri ini.

Lokasi yang turut terpilih adalah Keningau, Sandakan, Lahad Datu dan Tawau dengan jangkaan penyertaan keseluruha­n seramai 11,000 orang.

Acara sama juga telah dan akan diadakan di negerinege­ri lain termasuk Wilayah Persekutua­n Labuan di mana penganjur menjangkak­an penyertaan keseluruha­n di Malaysia tahun ini seramai 64,000 orang.

Acara dwi-tahunan telah bermula di Klang, Selangor pada 2005 dengan hanya penyertaan 1,000 orang tetapi kemudianny­a menjadi popular selepas dikembangk­an ke negerinege­ri lain.

Acara itu diperkenal­kan buat pertama kali di Sabah pada 2013.

SGM telah menetapkan September sebagai `Bulan Keamanan’ bagi memberi kesedaran keamanan dan mempromosi­kan amalan moral yang baik dalam masyarakat.

Usaha meningkatk­an semangat keamanan itu adalah tradisi yang diperkenal­kan pada 1957 apabila Presiden Kedua Soka Gakkai, Josei Toda mengisytih­arkan deklarasi anti senjata nuklear.

Toda menekankan semua manusia memiliki hak asasi utama iaitu untuk hidup menyebabka­n dia berikrar menyebarka­n idea keamanan ke seluruh dunia.

Di bawah pimpinan pengganti Toda, Daisaku Ikeda yang juga presiden SGI, pergerakan keamanan itu telah tersebar ke 192 negara dan wilayah termasuk Malaysia.

Maklumat lanjut boleh melayari laman web SGM di www.runforpeac­e.com.my atau di facebook Run For Peace.

 ??  ?? JAWATANKUA­SA Run For Peace menyerahka­n baju kepada Yeo (lima dari kanan). Turut bersama adalah wakil dari penaja-penaja larian.
JAWATANKUA­SA Run For Peace menyerahka­n baju kepada Yeo (lima dari kanan). Turut bersama adalah wakil dari penaja-penaja larian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia