Utusan Borneo (Sabah)

AS, Mexico harap Piala Emas CONCACAF pentas kesan bakat baharu

-

LOS ANGELES, Amerika

Syarikat (AS): AS dan Mexico berharap untuk mengesan bakat baharu ketika cuba mengekalka­n penguasaan mereka apabila kejohanan Piala Emas CONCACAF bermula hari ini.

Kejohanan dwitahunan untuk gabungan bola sepak Amerika Utara, Tengah dan Caribbean bermula di Red Bull Arena di New Jersey dengan French Guiana menentang Kanada sebelum Honduras menentang Costa Rica.

Kejohanan melibatkan 12 pasukan itu dianjurkan di 14 venue di seluruh AS, dengan final akan berlangsun­g pada 26 Julai di Stadium Levi’s di Santa Clara.

AS akan memburu sasaran menebus kekecewaan pada 2015, apabila tewas di separuh akhir kejohanan yang dimenangi oleh Mexico.

Kejohanan itu dikuasai oleh Mexico dan AS sejak kali pertama dianjurkan pada 1991. AS dan Mexico sudah memenangi setiap edisi kejohanan kecuali pada 2000, yang dimenangi oleh Kanada.

Ketika sejarah mencadangk­an satu lagi saingan di antara Mexico dan AS, barisan pemain mungkin di tahap yang sama dengan kedua-dua pasukan tidak akan menurunkan skuad terkuat mereka.

Jurulatih AS, Bruce Arena, di mana sasaran utama beliau ialah kempen kelayakan Piala Dunia 2018 yang masih berjalan, memilih untuk merehatkan beberapa pemain kesebelasa­n utama untuk Piala Emas ini.

Jurulatih Mexico, Juan Carlos Osorio juga memilih pendekatan yang sama terutama sekali dengan Mexico sebelum ini menyertai kejohanan Piala Konfederas­i di Rusia.

“Kami mempunyai sejumlah besar pemain liga domestik kerana pemain kami yang bermain di Eropah memerlukan rehat,” kata Arena. “Mereka mempunyai satu musim yang panjang termasuk kempen kelayakan Piala Dunia pada bulan Jun, jadi mereka memerlukan rehat dan kemudian membuat persediaan pramusim pada bulan Julai. Ia adalah satu keputusan yang wajar.”

AS membuat persediaan untuk kejohanan – yang akan menentang Panama pada perlawanan pertama Sabtu ini – dengan menewaskan Ghana 2-1 pada perlawanan persahabat­an hujung minggu lepas.

Barisan pemain eksperimen terdiri dari muka baharu, dengan gol dijaringka­n oleh pemain dari liga domestik (MLS), Dom Dwyer dan Kellyn Acosta.

Dwyer, pemain kelahiran England yang menjadi warganegar­a AS pada bulan Mac, mencuri perhatian dengan aksi memberangs­angkan dan juga gol sulung untuk AS.

Arena berasa bersemanga­t dengan skuad muda dengan melihat Piala Emas sebagai satu peluang untuk mereka menunjukka­n kemampuan mereka untuk beraksi dalam kempen kelayakan Piala Dunia pada lewat tahun ini.

“Ada satu peluang hebat untuk pemain ini membuktika­n kemampuan mereka untuk empat perlawanan pada bulan September dan Oktober,” kata Arena. “AS memiliki pemain berpengala­man dan pemain muda berbakat.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia