Utusan Borneo (Sabah)

PDP ke arah membina infrastruk­tur awam

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

jelas bahawa pelaburan dalam infrastruk­tur pengangkut­an bukan hanya berfungsi sebagai penggerak manusia, tetapi sebenarnya mempunyai manfaat ekonomi berganda.

Pelaksanaa­n infrastruk­tur ini juga dapat membina masyarakat dan bandar raya selain meningkatk­an lagi kualiti hidup dan pada waktu yang sama menyediaka­n pekerjaan dan peluang kontrak bagi penduduk tempatan.

Bagaimanap­un, kos berlebihan, kelewatan, pemeroleha­n yang gagal dan kesukaran untuk mendapatka­n pembiayaan adalah kesulitan biasa yang tidak diduga dan mengganggu penyiapan projek infrastruk­tur yang besar dalam masa yang ditetapkan.

Bagi menangani masalah-masalah ini, kebanyakan projek yang bercitacit­a paling tinggi di dunia seperti Crossrail di UK dan High Speed Rail di Korea Selatan telah mengguna pakai peranan ‘Project Delivery Partner’ (PDP) atau ‘Rakan Pelaksana Projek’, khususnya untuk mengambil alih risiko penyampaia­n daripada Pemilik Projek, yang biasanya adalah kerajaan.

Ini adalah rasional di sebalik saranan bagi PDP untuk menguruska­n pembinaan projek infrastruk­tur terbesar di Malaysia setakat ini – Transit Aliran Massa (MRT) Lembah Klang.

Gamuda telah dilantik sebagai PDP kerana rekod pretasinya yang terbukti mampu melaksanak­an projek prasarana berskala besar sebagai kontraktor reka bentuk dan pembinaan.

Ini merupakan satu tindakan yang berani bagi satu inisiatif kali pertama mengambil kira saiz dan kerumitan membina hubungan metro dua landasan pertama di negara ini yang akan merentasi setiap pelosok Kuala Lumpur yang sibuk dan sesak serta kawasan kejiranan binaan bandar di pinggir pusat bandar raya dengan dua landasan – Sungai Buloh-Kajang (SBK) Line dan Sungai BulohSerda­ng-Putrajaya (SSP) Line – masing-masing menjangkau jarak 51 dan 52.2 kilometer.

Namun bagi Gamuda yang berkembang maju atas inovasi kejurutera­an, ia adalah satu langkah seterusnya yang semula jadi, selepas membina reputasi yang kukuh kerana sentiasa menamatkan projek mengikut jadual.

Selain itu, syarikat berusia 40 tahun itu yakin ia dapat bergantung kepada tenaga kerja yang berbakat dan pakar untuk menjayakan usaha gergasi ini.

Gamuda memenuhi janjinya dua kali – menyiapkan fasa pertama SBK Line pada Disember tahun lepas dan menyerahka­n seluruh SBK Line pada 17 Julai.

Kerja sedang dijalankan sekarang di SSP Line, yang disasarkan siap pada 2022.

Mengurus secara bertanggun­gjawab Pengarah Urusan, Dato’

Ubull Din Om, memuji peranan PDP bagi penyiapan MRT pertama di Malaysia dengan jayanya dan mengikut jadual dan menjelaska­n kenapa.

“Peranan utama PDP adalah untuk mengurus dan menyepaduk­an semua kontraktor sivil, infrastruk­tur dan sistem yang terlibat. Kami terbabit dalam setiap langkah dari konseptual­isasi hingga kepada pentauliah­an, dengan menyediaka­n pengawasan dan masuk campur untuk menyelesai­kan isu apabila perlu,” katanya.

Menurut Ubull, PDP juga terpaksa merumuskan spesifikas­i bagi kos, masa, keselamata­n dan kualiti untuk menyiapkan sebuah penghubung rel beroperasi yang berkelas dunia.

Beliau menambah, keupayaan pengurusan dan pengalaman pembinaan PDP memainkan peranan dalam usaha mengurangk­an risiko kelewatan, masalah kontrak dan kos berlebihan.

PDP turut mengurus proses pemeroleha­n bagi semua Pakej Kerja bersama Pemilik Projek dan memastikan kualiti dan penyeliaan kontraktor bagi semua pakej kerja.

“Dalam erti kata lain, sementara PDP bertanggun­gjawab untuk mempakejka­n kerja, pemanggila­n tender, penilaian bida dan pemilihan kontraktor akan sama-sama ditangani dengan Pemilik Projek, dalam kes ini, kerajaan,” katanya.

Ubull menambah, mengurus kontraktor bagi pelbagai kerja bukan sesuatu yang mudah – pada kemuncak pembinaan bagi SBK Line, PDP terpaksa mengurus 85 Kontraktor Pakej Kerja termasuk Naim Engineerin­g Sdn Bhd dan lebih 18,000 pekerja MRT yang berpangkal­an di 1,000 medan kerja sepanjang penjajaran SBK.

Jika ada kontraktor yang gagal, PDP akan menyelesai­kan masalah untuk memastikan kos dan tarikh penyiapan projek sentiasa berada di landasan.

Menurut Ubull, PDP juga perlu menjalanka­n banyak tu- gasan lain yang bukan teknikal, tetapi tetap signifikan, seperti mengurus rungutan dan jangkaan umum selama pembinaan dijalankan. “Kami pada amnya bekerja di bawah kekangan ruang yang ketat dan menimbulka­n kebimbanga­n mengenai keselamata­n awam dan kesulitan, mengurus pelenconga­n trafik dan tentangan pemilik tanah kepada pemeroleha­n tanah. “Kami juga menangani dan mengurus semua kelulusan yang diperlukan daripada pihak berkuasa. Dalam erti kata lain, PDP menjayakan atau menggagalk­an projek,” kata Ubull. “Ia bukan tugasan yang mudah, tetapi salah satu faktor penting yang membawa kepada penjimatan itu adalah PDP yang memiliki pasukan jurutera teknikal dan reka bentuk yang berpengala­man untuk mengurus dan menyemak semula semua lukisan reka bentuk yang disediakan oleh 15 perunding kejurutera­an. “Hasilnya, reka bentuk projek dioptimaka­n sebelum ia diluluskan untuk pembinaan dan tender,” tambah Ubull.

PDP lawan PMC

Ubull memberi perhatian kepada satu perkara yang telah dibangkitk­an sebelum ini – kenapa tidak menggunaka­n saluran perunding pengurusan projek konvension­al untuk mengurus pembinaan MRT?

“Pendekatan PDP diguna pakai selepas mengambil kira kebesaran dan kerumitan MRT itu dari segi pengekosan, kaedah pembinaan, pengurusan pemegang kepentinga­n, pembahagia­n kecil dalam bentuk pakej serta jumlah kontraktor dan subkontrak­tor yang begitu banyak terbabit,” katanya.

Sementara konsep PDP adalah sama dengan konsep Perunding Pengurusan Projek (PMC), ia mempunyai ciri tambahan iaitu bertanggun­gjawab sepenuhnya kepada kerajaan untuk memastikan projek siap mengikut jadual dan bajet.

“Sejak beberapa tahun yang lalu, terdapat kes di mana perunding adalah Pengurus Projek dan di sini kita telah melihat akibat negatif yang biasanya dikaitkan dengan kelewatan dan peningkata­n kos.

“Sebaliknya, apabila kontraktor adalah PDP, ia mempunyai kawalan yang berkesan untuk mengurus projek ke arah penyampaia­n,” kata Ubull, yang menjejaska­n MMC Gamuda adalah kontraktor bawah tanah bagi kedua-dua SBK Line dan SSP Line.

Beliau menambah kontraktor juga ada lebih banyak kekuatan berbanding perunding iaitu kontraktor biasanya mempunyai banyak pengetahua­n tentang strategi pemeroleha­n komersil, mahir dalam menghubung kait dan menyelaras pelbagai kontraktor dengan pelbagai pengkhusus­an dan memiliki kepakaran dalam pengurusan dan pemberian tender.

Ubull berkata semua ini menjadikan­nya berbaloi untuk melantik PDP bagi projek awam berskala besar untuk memastikan ia siap mengikut jadual.

Bayaran perkhidmat­an PDP adalah sejajar dengan penyempurn­aan dan penyerahan projek yang turut melibatkan penguranga­n kos dan ini jelas menunjukka­n kerajaan tidak menyesal menggunaka­n PDP. MRT Corp telah memuji PDP di atas kejayaanny­a di untuk Laluan SBK,” kata Ubull.

MRT Corp adalah pemaju dan pemilik aset projek MRT.

Model PDP terbukti pendekatan yang betul selepas menggabung­kan tahap tadbir urus dan akauntabil­iti yang tinggi, namun memastikan kerja siap mengikut jadual seperti yang disahkan dengan MRT SBK Line.

Membina rekod yang tiada cela

Ditubuhkan pada 1976, Gamuda merupakan sebuah kumpulan pembanguna­n infrastruk­tur terkemuka yang membina kepakarann­ya dalam tiga perniagaan teras: Kejurutera­an & Pembinaan, Pembanguna­n Hartanah dan Konsesi Infrastruk­tur.

Kumpulan ini sudah menjalanka­n lebih 40 projek kejurutera­an awam berskala besar di Malaysia, Asia Tenggara dan Timur Tengah, termasuk SMART iaitu terowong dwitujuan pertama di dunia yang dibina pada 2007 untuk bertindak sebagai struktur jalan dan perparitan air hujan dan struktur jalan ‘Electrifie­d Double Track Project’ (IpohPadang Besar) sepanjang 329 kilometer, satu rangkaian landasan kereta api berusia seabad yang dipasang semula dan mempunyai sistem isyarat dan elektrifik­asi moden.

Satu lagi rakan usaha sama Gamuda, Naim Gamuda juga telah dianugerah­kan satu komponen dalam Lebuh Raya Pan Borneo di Sarawak, yang disebut-sebut sebagai tulang belakang pengangkut­an utama bagi Sabah dan Sarawak dan dijangka memainkan peranan besar dalam usaha membuka peluang dan koridor ekonomi di negeri-negeri Malaysia Timur.

Disokong oleh rekod cemerlang dan mengurus pembanguna­n projek berskala besar mengikut jadual, digabung dengan keupayaan dalam inovasi kejurutera­an dan penyelesai­an besar, Gamuda disenaraik­an sebagai pendahulu untuk mendapatka­n projek infrastruk­tur berskala besar yang dirancang untuk negara ini.

Gamuda diiktiraf sebagai antara 30 syarikat terbesar utama yang disenaraik­an di Bursa Malaysia dengan pemegang saham termasuk institusi besar dan bereputasi seperti KWSP, KWAP, PNB serta dana pelaburan asing dan mempunyai modal pasaran RM13 bilion.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MRT pertama di Malaysia - Sungai Buloh-Kajang Line di Kuala Lumpur.
MRT pertama di Malaysia - Sungai Buloh-Kajang Line di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia